Tuesday, December 28, 2010

Menabung, Melabur dan Wasiat....


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...... Entry hari ni, sebenarnya saya tak ada idea untuk bercerita tetapi saya teringin nak buka topik ini. MENABUNG.

Berapa ramai agaknya orang kita yang suka menabung, dalam kata lain, memang mereka ini, meletakkan target untuk menyimpan. Tak kira la untuk tiap-tiap hari, seminggu atau sebulan dan berapa ramai yang menggunakan kemudahan pelaburan seperti insuran atau takaful untuk menyimpan? Saya masih merasakan tidak ramai yang menyedari akan perkara ini. Saya (terus terang ni) memang seorang ejen Takaful EtiQa pernah menarik seorang prospek (kenalan saya la). Dia menyatakan hasrat untuk menabung, dan saya mencuba nasib saya mana tahu dapat seorang positif klien. Jadi saya mengajak dia untuk menyertai takaful dengan menyimpan hanya RM 60 ringgit sahaja sebulan atau ada duit gaji lebih RM 100 sebulan lagi berbaloi. Memang berbaloi-baloi lah, kerana setiap apa yang kita simpan untuk setiap bulan kita dilindungi pada setiap hari. Contohnya perlindungan kemalangan, hospital dan lain-lain faedah.

Tetapi yang amat mengecewakan saya jawapan yang diberi adalah " tak nak la kak, gerun la". Terdetik hati saya, apa yang digerunkan? Saya sangat musykil. Dia telah melabelkan takaful atau insurans ni bagaikan wasiat si mati (pada pandangan saya ye). Hairan juga saya.... Begitu sedih juga saya mengenangkan orang-orang yang berduit ni, takut dengan wang yang ada untuk menyimpan, melabur dan mengwasiatkan... bukankah itu satu persediaan supaya tidak menyusahkan orang sekeliling.... malah membantu mereka juga..

Saya bercakap dari segi fakta dan pemerhatian. Berapa ramai orang yang tidak menyertai perlindungan takaful, yang kemalangan dan menderita kerana tiada wang untuk menyara kos perubatan dan keluarga? Ramaikan. Akhir sekali kena minta bantuan, minta itu, minta ini... Memanglah ada orang yang prihatin, tetapi tidakkah mereka sedar, wang yang mereka minta itu dapat membantu orang-orang yang lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Malah sekiranya terjadi kematian, kita juga dapat membantu anak-anak kita dan isteri-isteri dari segi harta peninggalan.. bukankah ia menjamin kehidupan sekarang dan masa hadapan... Saya sangat pelik dengan fikiran sesetengah pihak ni... Mungkin kita perlu merenung kembali 'sediakan payung, sebelum hujan'......


Keluarga yang bahagia....Adakah kebahagian terjamin pada masa hadapan?


Julia Taibah: Hubungi saya 019-3680249 untuk melanggan Etiqa Takaful. Saya sudah, anda bila lagi...

Thursday, December 16, 2010

KISAH SUKA DUKA 5 BULAN YANG LALU Part 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
Kisah ini berlaku dalam 5 bulan kebelakangan ini, selepas kelahiran anak-anak kembar saya, seminggu selepas itu saya dikejutkan oleh satu berita sms dari sahabat saya yang amat menyedihkan iaitu salah seorang rakan saya semasa di matrikulasi dan UNIMAS, Faridah Hanim meninggal dunia ketika melahirkan anak yang pertama dan yang menyedihkan, anaknya juga meninggal dunia selepas 1 hari ibunya meninggal. Innalillahwainnailaihirajiun. Saya yang masih dalam pantang di kampung amat terkejut dengan berita sms dari sahabat saya itu.
Dalam berpantang saya dikunjungi oleh ramai sahabat handai ma dan abah termasuk sanak saudara. Dari yang kenal, sehingga yang tak kenal pun ada. Almaklum, saya ni tak sempat pun duduk di kampung. So, sekarang baru nak kenal. Semasa berpuasa dan berpantang.
Seorang rakan sms: 'wah, raya ni tak dapat la ko makan puas-puas...'
saya: bedal je.....hehehe


Tiba hari raya, sangat dinanti-nantikan. Iffat melaram pakai baju raya. Seronok tengok dia. Pakai baju yang dijahit sendiri. Amat bangga dengan hasil tanganku. Hihihi. Tapi yang menyedihkan ialah ketiadaan En. Suami di pagi raya. Nak buat macamana, nanti En suami nak datang ambil.

Saudara mara datang ke rumah berhari raya seperti biasa. Abah, anak yang sulung. Pada waktu tengahari, saya nampak dari ruang makan, Ayah Mad (bapa Saudara, adik no 4 abah) duduk di pangkin luar rumah mek (nenek). Tiba-tiba abah masuk, katanya Ayah Mad demam. Tak boleh bangun, solat pun sambil duduk. 'Eh, tadi ok je, siap cium-cium si kembar. Bersalam pagi raya, mohon ampun dan maaf. Sekali lagi, Innalillahwainnailaihirajiun... Rupanya, itu salaman hari raya yang terakhir saya dengan Ayah Mad. Ayah Mad pergi meninggalkan dunia ini disebabkan oleh demam denggi berdarah pada 21 September 2010. Hampir 2 minggu dia bertarung di HUSM.

Entah la, bila semua ini terjadi. Saya secara automatik, akan terkenang dengan memoir-memoir waktu dulu bersama arwah. Walaupun tak akrab, saya tau ada pengorbanan dan jasa-jasa yang arwah lakukan. Tak terbalas rasanya. Hanya dengan iringan doa, saya berharap agar Arwah Ayah Mad dan arwah Faridah Hanim di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..............Al Fatihah.

Julia Tai'bah: Nyamuk Aedes memang bahaya. Tolong la bantu diri sendiri kalau tak nak bantu orang lain.....

Thursday, December 9, 2010

KISAH SUKA DUKA 5 BULAN YANG LALU Part 1



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..... Dah lama benar tak buka FB dan tak menulis dalam blog saya ni. Rindu rasanya. Dalam 5 bulan banyak yang berlaku dalam keluarga saya. Ada yang sangat benar-benar mengembirakan hati dan ada juga yang menyedihkan. Baiklah, saya akan cerikakan.

BULAN JULAI 2010
Pertengahan bulan 7 dah start balik kampung, bukan apa dah plan nak bersalin kat kampung punya pasal. Bawa balik Iffat dan tinggallah En. Suami di Klang. Bermulalah hari-hari yang indah dengan Ma, Abah dan adik-adik yang ada kat kampung. Iffat main kucing hitam yang Cik Su punya sampai kena cakar dan sampai sekarang masih ada lagi tanda. Kena cakar sikit je tapi disebabkan tak suka tengok kuping yang ada di tangan, Iffat asyik menggaru sampai luka dan bernanah. lama lah juga baru sembuh, tak boleh nak kawal, tak tahu apa-apa lagi.

BULAN OGOS 2010
Iffat sayang papa.....

Macam dah lupa dengan En Suami yang ada di rumah, sekali-sekala dia menelefon. Katanya rindu ngan Iffat. Dalam hati 'uminya tak rindu ke?' Umi pun rindu juga katanya la. Hehehe. Debaran makin terasa 'due' dah dekat.
Appointment untuk dibedah dah dibuat di HUSM, Kubang Kerian. Doktor bagi tarikh 11 Ogos, tapi saya tangguhkan 12 Ogos sebabnya biar anak kembar saya lahir sama tarikh dengan Iffat. Biar tahun depan diorang sambut 'birthday' sama-sama. Bestnya. Ramai orang kata saya bertuah dan saya sangat bersyukur pada Allah. Tapi dalam kegembiraan, saya agak gentar juga maklumlah kali ni kembar dan saya tahu bila saya dibedah.
Pada 10 Ogos, saya 'melapor diri' di HUSM selama 2 hari saya berada
di HUSM yang memang berbeza benar dengan HTAR, kelengkapan semua kena sediakan sendiri. Walaupun saya rasa saya dah cukup bersedia dengan barang-barang di hospital, tetapi rupanya meleset sama sekali. Lain kali kena tanya 'hospitality' di mana-mana hospital yang rancang bersalin. Jangan anggap semuanya sama. Dah la jadi tempat pelatih-pelatih perubatan buat 'eksperimen' tak pasal-pasal cari penyakit 'padan muka aku'. HUSM rasanya tak seiring dengan hospitalitynya ini hanya pada pandangan saya.
2 hari ni juga saya di kunjungi oleh Ayah Mad (Allahyarham) sekeluarga. Lega sikit rasa risaunya. Saya dah tak boleh nak tampung berat perut saya jadi, saya sembahyang pun dengan cara duduk. Kadang-kadang saya terasa sedikit pelik dengan orang kita ni, dalam kesakitan, saya perhatikan yang mereka agak lalai dengan suruhaNya. Dalam saat-saat menghadapi ketentuanNYa, kita lupa mungkin kita akan menemuiNya. Takut saya waktu tu. Astarghafirullahal'azim.
12 Ogos, hari yang ditunggu-tunggu Iaitu hari ke dua puasa. Dari pagi saya asyik berzikir supaya saya dapat bertenang. Adik di sebelah katil saya pun
menunggu giliran untuk dibedah. 'Hai, kak dok takut ke?' tanya dia dalam loghat Kelantan. 'Tak la takut sangat, tapi redha je la. Zikir banyak-banyak. Ingat Allah.' jawab saya supaya dapat mengurangkan ketakutan dalam diri saya dan dirinya. Hari ini ramai pula yang kena bedah. Bila nama saya dipanggil untuk masuk tiub air kencing, saya dah rasa lega. Penantian itu satu penyeksaan. Saya ditolak ke bilik bedah. Di hadapan bilik bedah En Suami ada menunggu. Bagi moral 'support' dan di dalam bilik bedah. Suasananya amat berbeza. Biliknya agak luas dan saya dapat tengok beberapa orang doktor dan jururawat yang memakai topeng. Perasaan takut mula timbul dengan keadaan yang tenang dan bunyi muzik yang dialunkan. Hati tertanya-tanya mengapa tak di putarkan zikir supaya pesakit seperti saya dapat mengingatiNya. Namun saya biarkan pertanyaan itu jauh-jauh. Doktor bius mula mengambil
peranan. Lama dia mencari tempat untuk dibius dibahagian tulang belakang saya dan akhirnya seorang jururawat yang lebih berpengalaman daripada doktor itu yang dapat mencari tempat yang sesuai. Baru lega hati saya. Rasa saya, doktor itu masih baru dan masih muda.
Apabila selesai dibius, doktor yang membuat pembedahan mula mengambil tempat dan diperhatikan oleh seorang pakar dan dibantu oleh seorang pembantu. Saya tak merasa takut lagi pada permulaan namun oleh kerana masanya agak panjang saya ada rasa sedikit risau. Saya amat bersyukur bila bayi pertama dikeluarkan dan mereka mengatakan ianya baby boy dan bayi kedua di keluarkan 2 minit selepas itu dan ada sedikit kekecohan berlaku di situ. 'Huh, apa diaorang ni' getus hati kecil saya dan akhirnya baby girl selamat di keluarkan dan kedengaran suaranya lebih halus dari suara yang pertama tadi.
Gembiranya rasa hati. Selepas baby dikeluarkan, proses menjahit pula. Waktu ni saya dah terasa sakit dan kesan bius mula hilang akhirnya 2 kali saya ditidurkan. Memang kali ni terasa lebih sakit berbanding yang pertama dahulu. Bila terjaga dari tidur, nurse terus memberi kedua baby saya mendapat dakapan yang pertama 'skin to skin' dan kemudian membantu saya memberi susu pada awal kelahiran. Walaupun tidak diberi seawal yang mungkin namun saya bersyukur kerana saya dibantu untuk memberi susu tidak ada pada pengalaman yang lepas. Keluar dari bilik itu, kelihatan En suami dan ahli keluarga saya menunggu dan saya dapat rasakan yang mereka sungguh gembira dengan kembar ini.
Dan mereka melawat saya di katil sambil ingin melihat twin dengan lebih dekat. Iffat, waktu ini dia agak terpinga-pinga apa yang sedang berlaku, diam dan tak banyak kerenah. Jururawat tidak membenarkan ahli keluarga bercakap dengan saya dan mereka meminta saya berehat dan tidur dalam masa 8 jam. Malah kami juga tidak dibenarkan menangkap gambar. Sedih betul. Malam itu saya keseorangan tidak ditemani oleh sesiapa. Saya yang tidak membenarkan ma menunggu dengan harapan jururawat dapat membantu (sebab ada seorang jururawat yang memberitahu, jururawat dekat sini ramai boleh tolong) rupanya meleset sama sekali. Jururawat ramai boleh tolong rupanya boleh tolong tengok je. Baby saya menangis saya tidak sedar yang mereka memberi susu formula. Sedihnya saya. Mereka tidak membantu saya untuk memberi BF. SEDIH SANGAT-SANGAT. Harapan untuk beri BF sepenuhnya berkecai.
Keesokkan harinya, keluarga saya datang lagi sekali. Walaupun Ma tak bawa kain baju untuk ganti, Ma sanggup tunggu saya untuk teman saya di wad. Bila ada orang teman, baru jururawat berikan baby pada saya. Baby asyik menangis bila saya berikan susu, namun saya tekat biarlah saya letih, saya akan tetap berikan yang terbaik untuk baby. Namun saya sangat kecewa dengan nurse di situ yang terus mengambil salah seorang baby dan tanpa bertanya pada saya untuk diberikan susu formula. Saya mula hendak marah, dan saya mula tekan tak akan bagi baby saya mengis dengan meletakkan hampir dengan saya. Biarlah saya sakit macamana sekalipun namun untuk beri susu formula pada baby saya tidak sama sekali. Bila doktor datang merawat, saya bertanya bila saya boleh balik sebab waktu itu, saya sudah boleh ke tandas dengan sendirinya walaupun masih sakit di tempat jahitan. Pn kena ikut 'procedure' sini iaitu 4 hari selepas operation. 'Huh, ada 2 hari lagi la maknanya tu. Tak tahan pula duduk wad bila sakit-sakit macam ni. Sebelum bersalin hari tu ok pula. Huhuhu' Bukan apa, dalam bulan puasa macam ni, kesian pula kat ma sebab terpaksa menunggu saya yang sedang sakit. Bersahur pun beli dari penjaja yang dapat masuk menjual dalam hospital. Terharu pula rasanya pengorbanannya sampai anak bersalin pun sanggup menjaga. Kak Ju sayang Ma. Abah pun walau jauh perjalanan pun sanggup dia memandu tiap-tiap hari ke sini.
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Apabila dapat pulang ke rumah, ia merupakan saat yang paling menggembirakan. Namun dalam kesakitan yang masih berbaki dan berpantang, saya menjadi seorang yang agak pasif. Tidak sukakan pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan saya banyak berfikir. Malas untuk berkata-kata dan mudah melenting. Yang menjadi mangsa keadaan Yani, dan Abe. Maafkan Kak Ju sebab selalu marah-marah kalian. Mungkin disebabkan jiwa yang inginkan ketenangan dan juga ingin meluahkan amarah yang terpendam lama.

En suami, tunjukkan nama yang sesuai untuk kembar. Entahlah kali ni memang saya tak terfikir apa-apa nama yang cantik untuk kembar. Tapi dalam 3 dan 4 nama yang ada. Saya pilih Khairul Izzad dan Julia Qaira. Khairul Izzad, Sebaik-baik Kemuliaan dan Julia Qaira, Yang berambut panjang Berkebajikan. Sangat comel dan sesuai.

KHAIRUL IZZAD & JULIA QAIRA

Namun, suasana bulan puasa dalam keluarga begitu dirindui. Walaupun saya tidak dapat berpuasa, kadang-kala saya mengambil kesempatan ‘berbuka’ bersama ahli keluarga (lauk pauk memang lain dari yang lain). Hidang terlalu istimewa (hehehe, untuk menyedapkan hati). Dan waktu ini, Ma dengan Abah serta adik-adik berperang dengan cucu yang sorang tu. Iffat. Bila makanan di hidang di atas tikar, dia yang dulu akan menerpa. Habis air yang bewarna-warni tu diminum dan paling tak tahan. Muntah, sebab banyak minum. Iffat banyak keletahnya yang masih belum difahami. Ummi kena banyak belajar lagi.


Julia Ta'ibah: Pengorbanan ibu dan ayah memang tiada tolok bandingnya.

Thursday, July 8, 2010

Shopping dan Hospital..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..... 3 hari lepas, pergi beli barang baby kembar ni. Jenuh juga nak mencari baju sikembar ni. Saya pula suka baju yang sama corak tapi warna lain-lain. Tapi disebabkan jantina tak nampak lagi, jadi susah sikit nak memilih baju-baju ni. Saya pun ambil baju yang boleh dipakai oleh baby boy atau baby girl. Comel sangat. Dalam memilih baju baby ni, tak lupa pula saya dengan si abang dah lama tak beli baju dia. Pilih punya pilih akhirnya, baju dia lagi banyak dari baby 2 org ni. Heheheheh. Akhirnya,

Baju babies : 2 pasang seorang termasuk sarung tangan baru

Baju Abang Iffat: 1 jeans dan baju t-shirt, baju dan seluar pendek 3 pasang, dan sepasang baju tidur.

Waktu memilih baju, En. Abang pun berseloroh, "Seronok betul jadi Iffat".......

Hehehehee. Tapi dalam memilih baju-baju anak-anak, pasti kita akan abaikan apa yang patut dibeli untuk diri sendiri. So tak ada 1 pun untuk saya dan suami. Tunggu budget lain kali, Ok. Hari raya pun dah nak dekat, budget untuk raya kali ni pun dah perlu untuk difikir-fikirkan. Warna tema apa tahun ini ye?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.....

Keesokan harinya bawa Iffat jumpa pakar THT, kami sampai pukul 845 pagi di Jabatan THT. Temujanji pukul 9. Seperti biasa, untuk berdaftar kami terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk mendapatkan nombor giliran. Bayangkan mak buyung ni menunggu, lenguh habis satu badan. En suami macam biasa mengawal Iffat yang sungguh aktif berlari ke sana sini. Rasanya kalao tiap-tiap hari mau susut perut yang dah maju ke depan tu. Akhirnya nama Khairul Iffat dipanggil dan kami dapat no 20 di bilik 98. Sambil menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor, saya mengambil alih untuk kawal Iffat. Sekejap je tak larat nak bekejar dengan dia. Geram pula tengok dia ni. Rasa nak cubit je pipi tu.

Bila no kami di panggil, Doktor periksa lidah Iffat. Tapi yang pelik bila Doktor suruh dia menjelirkan lidah, dia tak mahu buat langsung. Dia tengok je muka Doktor India yang cantik tu. Saya suruh pun dia tak Mahu, sedangkan di rumah, boleh je dia buat. Akhirnya, En suami pegang dia, seorang nurse pegang kepala dan tutup hidung dia baru dia boleh keluarkan lidah dia dan doktor kata lidah dia ada sedikit pendek.

Selama ni orang kata normal kalau lambat cakap, tapi sekarang umur dia dah 1 tahun 10 bulan dia hanya boleh sebut 'mi' dan 'halo' je... kadang-kadang dia nak bercerita, tapi satu pun tak boleh faham. Saya melayan je.

Jadi, doktor India yang cantik tu, panggil doktor pakar yang pernah tengok Iffat sebelum ni. Mereka tetapkan untuk buat 'minor operation'. hanya memotong sedikit dibawah lidah. Bagi panjang lidahnya. Mulanya terkejut dan takut juga, tapi bila doktor terangkan risiko dan sebab musababnya, saya boleh terima keadaan itu. Risikonya hanya 'bleeding' kalau tak ada apa-apa, Iffat boleh dibawa keluar terus, Tak payah nak tunggu lama-lama di hospital. Bagi saya itu untuk kebaikan dia. Kalau tunggu lama-lama nanti lagi terbatas percakapan dan kognitif dia. Baik buat awal-awal.

Julia Ta'ibah: Umi doakan dan usahakan yang terbaik untuk anak-anak umi.

Tuesday, June 29, 2010

Tangisan seorang ISTERI.....



Jika isteri menangis
dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seor
ang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA
dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicint ain ya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat
temannya tertawa..
Dia TERHARU,
MENANGIS bila
melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.

Julia Ta'ibah: Petikan dari facebook..

Kawan lama......


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...... Sukanya guna ayat salam 1 Malaysia sebab dia merujuk pada selamat sejahtera untuk semua rakyat Malaysia (bukan sebab politik ye, heheheh). Hari-hari saya sekarang ini semakin lembap, kurang cergas untuk bergerak. Tetapi, tiba-tiba saya teringat dengan kawan-kawan lama saya dimana waktu itu saya sangat aktif, berjalan, berlari, bersukan, dan saya sangat merindui saat-saat itu.

Kawan-kawan saya sekarang berkerjaya, berumahtangga dan masing-masing mempunyai cara hidup masing-masing. Saya sangat gembira dengan apa yang dimiliki leh kawan-kawan saya. Sekarang kami dihubungkan oleh dunia facebook. Berjumpa melalui dunia maya, walaupun tidak secara bertentang mata, namun ia cukup untuk menerima perkhabaran mereka. Sungguh canggih teknologi sekarang.

Small gathering di Sg Gabai.... Seronok dapat jumpa dan beraktiviti....

Namun, kecanggihan teknologi, saya amat merindui cara lama dengan mengutus surat, dan kali terakhir saya mengutus surat sewaktu saya di tingkatan 5 dengan rakan saya di Sarawak dan selepas itu tiada lagi. Semuanya melalui email. Sekarang dengan kehadiran facebook secara langsung, email tidak lagi digunakan. Email hanya penganti surat-surat rasmi, dan pos hanya untuk penghantaran barang dan surat-surat penting sahaja. Tiada lagi utusan salam dari hati ke hati melalui pos. Di sini saya dapat rasakan anak-anak saya tidak akan mengetahui cara perutusan surat pada masa akan datang. Mereka akan didedahkan dengan dunia yang semuanya serba ringkas dan mudah.

Apa yang saya rasakan perlu, ialah mengajar sedikit mengenal erti kesusahan. Mungkin satu hari yang tidak mengunakan peralatan teknologi. Contohnya; Hari ini di tetapkan hari menggunakan kemudahan awam, seperti bas, atau hari membuat satu surat ditujukan khas untuk rakan-rakan dan kaum keluarga. Ataupun hari membasuh baju tanpa mesin basuh (pasti menyusahkan diri sendiri. hahahhahah) Namun disebalik itu, anak-anak boleh belajar cara bagaimana susahnya nenek moyang kita dahulu. (Ok tak idea ni? Mendedahkan anak-anak dengan membuat aktiviti bersama). Selain ajaran yang dituntut iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Sememangnya perkara yang berjemaah itu telah dituntut oleh agama Islam tidak kira dalam solat berjemaah sahaja namun dalam hal-hal yang lain.

Julia Ta'ibah: Seronoknya kalau dapat buat aktiviti yang meletihkan bersama-sama keluarga. Aktiviti yang tidak perlu untuk kita berfikir, badan cergas, otak cerdas.... Tepuk dada tanya selera.

Sunday, June 27, 2010

Suatu ketika......

Hari Pertama Iffat di dunia.........

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Hari ini, saya ke hospital. Macam biasa 'check up' kandungan yang telah masuk 32 minggu. Dengan kandungan yang kembar kali ini, menyebabkan saya amat sukar untuk bergerak. Tahap gula yang 'manis' minggu lalu menyebabkan saya dimarahi oleh Doktor kerana tidak menjaga makan.

' Mana boleh macam tu puan, puan kena makan ikut masa yang ditetapkan'.

Pada saya, Doktor itu telah menunjukkan perasaan marah dengan raut wajahnya. Saya akur, memang silap saya hari itu, hanya kerana sekerat pisang goreng. Setelah Doktor berbincang dengan seorang lagi Doktor, saya tidak di masukkan ke wad, tetapi diarahkan untuk kembali pada minggu depan untuk pemeriksaan tahap gula sama ada saya akan dimasukkan insulin atau tidak.

Bila terdengar insulin, saya sebenarnya mula risau sebab sejarah kandungan pertama saya dahulu. Saya masih ingat, apabila kandungan telah mencecah 38 minggu, Doktor telah memberi surat untuk kemasukan ke wad dengan alasan menstabilkan gula dalam darah, namun apa yang berlaku sebaliknya, saya dipaksa bersalin pada waktu itu. Insulin hanya diberi 2 kali sahaja sepanjang berada di wad.

Oleh kerana, baby terlalu besar (4.4 kg), dan jalan tak buka (5cm) sahaja dari pukul 8 hingga ke pukul 5 pagi, dengan masalah jantung baby dah lemah, saya terus ditolak ke bilik pembedahan. Waktu tu hanya tuhan yang tahun betapa luluhnya hati seorang ibu, namun alhamdulillah baby selamat dan segalanya berjalan lancar dan baby itu telah menjadi seorang anak yang sangat comel dan lincah.

Cuma yang berbezanya, kandungan sekarang kembar dan saya bercadang hendak melahirkan mereka di kampung halaman saya dan yang pasti kedudukan mereka salah seorang adalah songsang. Dengan sejarah yang ada, kemungkinan untuk melahirkan mereka melalui pembedahan akan berlaku lagi. Kali ini saya hendak bersedia. Harapan saya sempat untuk pulang ke kampung. Waktu ini memang saya amat memerlukan ma. Hanya seorang ibu yang memahami keadaan anaknya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Julia Ta'ibah: Harap-harap berjalan lancar.

Friday, June 25, 2010

Pencarian kebahagiaan...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Tajuk hari ini kebahagian. Kebahagiaan apabila kita mencapai apa yang kita mahu mengikut acuan yang kita ingini. (Pada pandangan saya la). Kebahagian juga menyebabkan kita gembira dan sangat suka dengan apa yang dilakukan. Malah dalam sistem kekeluargaan kebahagiaan amat dicari oleh pasangan suami isteri dan anak-anak.

Namun, sekiranya apa yang berlaku dan akan berlaku menjadi satu bebanan, atau tekanan kepada pasangan, adakah ianya satu kebahagiaan. Mengikut hukum Islam juga, sesebuah perkahwinan perlu dibina melalui pasangan yang sekufu. Sememangnya benar seorang isteri perlu menuruti dan taat kepada suami kerana suami adalah pemimpin rumahtangga, tetapi sekiranya seorang suami tidak menuruti perintah Maha Pencipta, adakah wajar si isteri mengikut atau taat kepadanya? Saya menimbulkan persoalan kerana saya rasakan semakin ramai lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab dalam hal2 ibadat. Adakah saya saya berat sebelah? Maaf sekiranya anda berpendapat begitu? Saya berkongsi mengikut pandangan, pemerhatian dan juga pengalaman dari rakan2 saya.

Salah satu kisah yang hendak dikongsi, kisah rakan yang berkahwin (pada saya, dia tidak fikir panjang). Dimana dia berkahwin dengan seorang duda anak 1, pd mulanya yg dia rasakan amat bahagia. Namun selang beberapa bulan baru dia mengenali suaminya yang rupanya disangkakan baik, rupanya sebaliknya. Saya senaraikan beberapa sifat suaminya iaitu:
1. Terlalu manja sehinggakan pekerjaannya yang ringan dirasakan bebanan untuknya.
2. Menyuruh si isteri bekerja supaya duit boleh digunakan untuk kegunaannya sendiri, si isteri mengorbankan hasil titik peluh untuk suami tersayang tanpa memikirkan keperluannya.
3. Mengabaikan nafkah untuk anak pertama.
4. Keluarganya lebih penting hingga mengabaikan keluarga mertua.

Selain itu, saya dapat rasakan tekanannya dari segi ibadat, si suami mengambil ringan dengan ibadat yang wajib di laksanakan. Mungkin dengan itu, terkesan terhadap rumah tangga mereka. Saya ingin berpesan pada para suami yang sebegini, seharusnya menjadi tanggungjawab anda untuk memimpin, isteri kejalan Allah dan sekiranya anda lali, maka kesannya terhadap rumahtangga anda. Anda akan merasakan rezeki anda sempit atau tidak cukup walau ditabur dengan jutaan wang. Anda juga tidak tenteram dan sentiasa merungut dengan apa yang berlaku. Selain itu hidup anda akan sentiasa kosong kerana anda tidak tahu apa tujuan sebenarnya anda hidup di atas muka bumi ini.

Kepada para isteri, saya juga seorang isteri. Maka tawakal dan bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Nya dan perbetulkan segala niat anda dengan melakukan segala pekerjaan hanya kepada Allah. Musahabah diri dan sekiranya perlu, berkongsilah perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai, dan yang paling penting, Mengadu dan berkongsi dengan yang Maha Esa, itu adalah tempat mengadu yang paling mujarab. Selain melakukan solat2 sunat dan membaca Al Quran.

Julia Ta'ibah: Sekarang ni tengah mengandung, kalau jadi stress2 macam ni sangat bahaya untuk kandungan..... Ya Allah jauhi aku dari perasaan tertekan atau perasaan yang lalai....Amin.

Monday, June 21, 2010

Penyusuan menggelikan......???~mmm~

Iffat baru mula nak belajar makan sendiri......


Assalamualikum dan salam 1 Malaysia.... Semalam, saya ke Klinik Desa untuk membuat pemeriksaan seperti biasa untuk kandungan saya yang dah mencecah 31 minggu. (Mereka boleh keluar bila-bila masa sahaja... takut juga ni...fuhhh).. Seperti kebiasaan saya sangat bersabar dalam bab menunggu, (ala klinik kerajaan apa yang nak dihairankan,) walaupun lama kena tunggu, masanya tidak terasa sangat kerana dapat berkongsi cerita dengan ibu-ibu mengandung yang sama macam saya. Pelbagai cerita yang dikongsikan, tajuk yang paling diminati mestilah bab kandungan masa lalu, kisah rumahtangga, dan yang paling menarik minat saya ialah bab Penyusuan susu Ibu.....

Terdapat 4 orang ibu-ibu yang berbual waktu itu, termasuk saya,(saya namakan ibu A, B, C dan saya)..

Ibu A : Akak tak dapat nak bayangkan bila melahir nanti akak akan menyusukan baby nanti.... Akak ni sensitif sikit dengan B akak.

Ibu B : Sama lah dengan saya, semua anak saya, saya susukan sampai 2 bulan sahaja..... eeee... geli betul... tak tahan, bila diorang menyusu, saya rasa cam nak gila.....(dengan aksi yg menunjukkan bahawa dia geli).

Saya: Eh... sebab apa pula boleh geli, saya menyusukan anak saya yang sulung sampai umur dia 1 tahun 6 bulan, waktu tu kandungan saya dah 7 bulan....

Ibu C: Ada lagi ke susu waktu mengandung?

Saya: Ada, cuma sikit je la... bukan banyak...... Cuma saya tak buat stok EBM yang macam dalam peti tu.... saya direct feed... Ada yang buat stok berbotol-botol dalam peti ais. Kagum betul saya dengan diorang..

Ibu A: Boleh tahan lama ke kalau buat stok macam tu?....

Saya: Boleh.... sampai 3 bulan kalau yang beku.....

Ibu B: Eeee... tak boleh, saya tak boleh.....

Perbincangan mengenai susu ibu itu terhenti disitu.

Pada pandangan saya, semasa membuat buku pemeriksaan (yang berwarna merah), setiap ibu telah diberikan penerangan mengenai pemberian susu ibu, tetapi mungkin penyampaian yang tidak berkesan dari jururawat, atau si ibu yang tidak berminat untuk mendalami mengenai isu ini, menyebabkan kurang kesedaran kepada bayi. Sedih pula saya dengar, sebab saya merasakan itu adalah hak bayi untuk mendapat susu dan makan yang terbaik bagi si ibu. Mengapa pula kita sebagai ibu perlu mementingkan diri sendiri menafikan hak mereka?

Dalam perbualan yang lain antara saya dengan Si ibu E,

Ibu E: Anak saya semuanya saya berikan susu dada (susu ibu) tetapi sampai umur 8 bulan sahaja sebab saya makan pil perancang, bila makan ubat tu baby tak hisap. Tapi lebih menggigit....

Saya: Ye ke kak, kalau makan pil perancang baby tak nak menyusu?

Ibu E : Ye... Semua anak akak macam tu. Tapi seeloknya baby ni bagi selama yang mungkin kalau nak menyusu. Elok untuk dia dan elok untuk kita. Badan kita pun cepat susut bila menyusu ni. B pun cantik. Ada jiran akak tu tak nak menyusukan anak dia sebab takut B tak cantik. Dia bagi anak dia minum susu tepung je dari lahir.

Saya: Hah ada juga ye orang macam tu, lebih fikirkan kecantikan diri, dari anaknya.... Kesian baby tu...

Sedih dan geram pula bila mendengar cerita-cerita disebalik penyusuan susu ibu ni. Diorang ni tak takut dengan balasan Allah ke? Agama Islam pun ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu". Mungkin ada yang tak bersependapat dengan saya mengenainya dan mungkin juga ada ibu-ibu yang mempunyai alasan yang tersendiri apa yang menyebabkan mereka tidak memberi susu ibu kepada anak mereka. Walau pelbagai alasan dan pendapat, namun bagi saya nilai setitis susu ibu itu sangat berharga untuk anak-anak. .Malah saya telah membuat pembacaan dan pemerhatian dari laman web dan blog-blog yang saya ikuti, ternyata ia memberi semangat kepada saya untuk menyusu anak-anak sejak dari kandungan yang pertama dulu lagi, dan kini, saya membuat kajian mengenai penyusuan anak kembar (tandem nursing) dan tengah ready untuk risiko-risiko yang bakal berlaku sewaktu bersalin. Kalau boleh nak menyusukan seawal yang mungkin sebab dulu anak pertama tak dapat menyusu awal sebab kurang pengetahuan (almaklumlah ceasar) yang tahu waktu tu cuma lepas bersalin nak bagi susu pada baby tapi tak tahu pula kena ceasar emergency dan waktu tu lepas 1 hari baru boleh menyusukan baby sebab baby duduk di wad baby, umminya di wad ibu. Kesian dia, disebabkan kejahilan umminya, dia minum Susu Formula pada hari pertama. Lepas tu saya tak toleh kebelakang dan saya berikan susu pada dia kerana itu adalah haknya.

Penyusuan susu ibu ini juga memberi kesan kasih sayang pada ibu dan anak. Anak lebih bijak dan aktif dalam meneroka sesuatu yang baru. Namun, Selain dari mencorakkan anak-anak mengikut acuan yang betul, apa yang penting doa yang berterusan dari ibubapa supaya anak membesar dengan menghargai nilai kasih sayang kepada Allah, ibubapa, dan masyarakat sekeliling.

Julia Ta'ibah: Kalau nak cerita panjang lebar tentang pengalaman menyusu ni diberi 3 muka surat pun tak habis. Oklah kita sambung lagi nanti.


Thursday, June 17, 2010

Coretan Hati Ummi Untuk Abang................

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia......Coretan ini sy copy dr note nukilan facebook sy.... Hanya untuk perkongsian......

D
ikala ini, ummi teringat saat mula mengandungkan abang... bahagianya terasa walaupun hati ini mudah tersentuh, gerakan dan tendangan di dalam perut ummi masih terasa hingga kini, aktif seperti dirimu kini. Apa yang ummi harapkan agar abang menjadi seperti diri abang sendiri, bukan seperti, papa, bukan seperti ummi atau seperti anak-anak yang lain. Biarlah mereka menjadi diri mereka tetapi abang adalah abang untuk ummi. Mungkin orang sekeliling merasakan bahawa abang tidak cukup bermanja dengan ummi dan papa, dan ditakdirkan abang menjadi seorang abang tetapi percayalah bahawa Ummi akan memanjakan abang sama seperti bakal adik-adik kembar abang. Tiada bezanya. Walaupun hati Ummi cepat sungguh tersentuh dan mengalirkan air mata kala mengandung ini, tapi Ummi cukup terhibur melihat telatah abang, cara mengomel, cara makan, dan lebih-lebih lagi apabila tidur. Semalam sahaja, abang sudah pecahkan 2 biji telur dalam peti ais, tanpa rasa bersalah pada ummi, abang hendak lagi ambil telur yang 1 lagi. Bila ummi larang, abang lari mengekek-ngekek ketawa. Walaupun kadangkala ummi terasa penat tatkala melayan abang, tetapi ummi dapat ketenangan di situ, sungguh tenang dan semua tekanan Ummi hilang apabila melihat abang.

Pada masa yang sama, maafkan Ummi atas keterbatasan pergerakan, menyukarkan Ummi melayan abang sewajarnya. Kalau Ummi boleh berlari, waktu petang-petang ingin Ummi lepaskan abang di halaman rumah seperti sebelum ummi mengandung 8 bulan yang lepas, namun, dengan perut yang memboyot ini, Ummi hanya mampu melayan abang bermain dengan kucing di belakang rumah.

Allah telah memberikan Ummi rezeki dan amanah yang sangat berharga. Kini, Ummi menunggu kelahiran adik-adik comel abang. Harapan Ummi agar dengan lahirnya adik-adik akan mengukuhkan kasih sayang antara abang dan adik-adik, malah kita sekeluarga. Ummi hendak mendidik abang dengan adik-adik sendiri ke jalan yang di redhaiNya. Moga Allah perkenankan niat Ummi yang suci ini. Tiada yang lebih mengembirakan bagi seorang ibu dan bapanya melainkan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang tidak putus-putus sehingga ke liang lahad.

Namun, pesanan untuk diri ummi sendiri dan papa malah buat semua ibubapa di atas muka bumi ini, kita yang menjadi pemimpin mereka, seorang pemimpin dan timbalan perlulah memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kita. Janganlah mengikut hawa nafsu serakah, kerana kita ada rakyat yang perlu dipimpin. Jangan salahkan anak sekiranya suatu hari, apa yang dilakukan mereka tidak menepati nilai2 moral yang kita kehendaki kerana mereka terlebih dahulu belajar dari pemerhatian mereka terhadap tingkahlaku ibu bapa mereka. Abang, pesan ummi yang baik datang dari Allah maka sentiasalah mensyukuri nikmat Allah dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri, maka jauhilah perkara yang buruk supaya kita tidak terkena tempiasnya. Amin......... CORETAN HATI
UMMI

Wednesday, June 16, 2010

Wanita, Isteri, Queen Control dan......

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Sy terbaca satu laman blog iaitu blog penulis kegemaran sy, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim ( buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Imam) yang bertajuk Queen Control. Ianya mengenai hak seorang wanita (Isteri), dan kita juga sedia maklum bahawa seorang isteri memainkan peranan amat besar di dalam rumahtangga. Pd pandangan masyarakat juga, apabila seorang gadis telah bkahwin, dia akan memikul tanggungjawab seperti, mengemas rumah termasuk bilik, menyapu, membasuh pakaian, menjemur dan melipat pakaian,mengandung dan melahirkan anak, mendidik anak, memasak utk suami dan anak ( bg bayi yg kurang dr 2 tahun, kena plak masak asing dr ayahnya), mencuci pinggan, melayan kerenah anak termasuk suami dan banyak lg yg tak tersebut. Itu belum lagi isteri yg bekerja ( kalau duit banyak boleh jugak ambil maid). Tp zaman sekarang, dengan modal yg tinggi utk mengambil maid, masyarakat kita kembali kepada Natural Parenting ( Yg sy link ni termasuk tanggungjawab suami dlm menjalani konsep ini). Tetapi masih ramai lagi yg bergelar suami yg hanya angguk dan faham, tetapi tak buat.... mereka biarkan juga kepada isteri mereka (mungkin ego kot....).

Tetapi sampai bila ego itu menguasai diri sehingga mengatasi Maha Pencipta? Sedangkan ibadat yang wajib sepeti solat dan puasa pun hanya sekadar ala kadar je (kata orang), inikan pula nak membantu Isteri. Adakah sehingga 'sesuatu' terjadi, baru para suami sedar bahawa apa yg mereka lakukan itu salah? (Bukan semua suami ye dan bukan juga merujuk kepada suami sy). Sy mempunyai kisah seorang teman yg bercerai, disebabkan sifat ego seorg lelaki. Mereka tinggal di rumah mertua (iaitu ibu & bapa, wanita berkenaan), mempunyai 2 org anak. Namun segala tangungjawab isteri semuanya dia yg lakukan termasuk bekerja untuk menyara 2 org anak. Namun hanya kerana si suami tidak tahan dengan leteran ibu mertuanya (yg sy anggap, bersalah dlm hal ini juga). Si suami menceraikan isterinya yg selama ini membantunya membeli rokok, bagi duit minyak sedangkan duit yg si suami dapat, habis tak tahu kemana. Namun tangungjawab si suami sepatutnya memberi nafkah kepada bekas isteri tidak dilaksanakannya. Tiada wang untuk pendidikan anak2, makan, pakaian dan lain2. Siapakah yang akan membela nasib kanak2 tersebut? Ia, apabila seorang isteri diceraikan, maka isteri itu akan dijaga oleh keluarganya sama ada bapa atau saudara lelakinya, namun anak2 itukan tanggungjawab suami dlm memberi nafkah.

Berbalik kepada Queen Control, pada sy ianya adalh perlakuan yg menunjukkan sifat kasar dgn mengherdik dan mencaci maki suami, dalam kata lain suami yg di dera isteri. Amat berbeza dgn konsep membantu isteri dalam perihal rumahtangga. Di sini masyarakat juga perlu memain peranan agar membuang persepsi mengatakan bahawa membantu isteri di rumah bukan lagi konsep Queen Control (drp menonton tv, merokok dan tidur lebih baik gunakan masa tu utk beribadat. Membantu isteri itu juga satu ibadat kepada Allah). That is how to show ur love to ur wife. So, para suami, anda bukan lagi seorang lelaki bujang, sedarlah bahawa anda sudah memikul tanggungjawab yang amat besar (sebagai seorang pemimpin) terhadap isteri dan anak2 anda. Kasihani la mereka. Bukankah sesuatu perkahwinan itu tidak hanya untuk di dunia?

Ya Allah, jangan lah Kau putuskan hubungan kami setakat di dunia ini sahaja. Kau satukan kami, di pelamin syurga Firdaus.

Julia Ta'ibah: Bila suami membantu, isteri pun senang hati. Bila senang hati, layanan pun berwarna-warni.... (statement to my husband: Dalam perut ayang macam ada rama-rama )

Tepung Kek Segera dari Resepi Tradisi Ibu...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..... Ini adalah Tepung Kek segera COKLAT MOIST... Bila bercakap pasal kek coklat lembap ni terbayang kelembapan dan kesedapannya. Bagi sy pengemar kek coklat sebarang resepi kek coklat mesti sy cuba. dan apabila makan, kalau tengan pening2 tu boleh hilang tiba2. Bagi pengemar kek coklat ingin mencuba satu resepi yang mudah dan murah cubalah Tepung kek ini. Resepi ini juga sesuai untuk orang2 kita yang makin sibuk dengan urusan kerja. Jadi sekali sekala sediakan air tangan untuk keluarga, apasalahnya. Insyallah Sedap..... Harga yang ditawarkan juga amat la berpatutan Hanya RM 11, untuk 1 peket kos penghantaran RM 5 ..... Murahkan? Dapat juga sediakan untuk tetamu waktu hari raya nanti...

New Day Is A New Life

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...Sebenarnya blog ni dah lama sangat rasanya dlm 2 thn lepas (suami yang buatkan) tapi disebabkan sy ni susah nak memahami term2 yg ada dlm blog ni. So sy amik keputusan utk ignore je (teruk betul!!). Anyway ari ni baru explore n cari jln camana nak faham, rupa2nya suami sy guna term dlm bahasa melayu, memang susah la, tp dr dulu dia kata senang....heheheh... Sebenarnya dlm bab2 teknologi yg canggih manggih ni, sy lebih faham guna bahasa inggeris... termasuklah telefon... sebab bila diterjemahkan dlm bahasa melayu, term2 tu jadi pelik dan sukar utk difahami....So skang sy dah faham, so we begin with a new day is a new life.. mana tau boleh share pengalaman... sambil tu boleh gak belajar... learning from exprience la katakan... Mungkin lepas ni sy boleh fokus dgn apa yg sy lihat, apa yg sy dengar dan apa yang sy rasakan... Love U All...

* Julia Ta'ibah: Sejak mengandung anak kembar ni suka sgt baca blog... kadang2 tu sampai meruntun2 jiwa...