Tuesday, March 22, 2011

Kisah Perkahwinan Adik No 2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.......... Tersebutlah kisah perkahwinan adik saya yang berlangsung pada 12 Mac lepas. Terlaksana juga perkahwinan yang dirancang walaupun pelbagai dugaan yang menimpa. Bermula dari kad kawin, hantaran dan yang paling tragis adalah........ Pelamin...Hahahahah... Pelamin asalnya tema wana hitam putih, tetapi alangkah terkejutnya saya bila saya sampai di rumah abah saya, pelaminnya bertukar warna, hijau kelabu n putih (mana warna hitamnya?) Akhirnya saya suruh adik saya call balik org yg buat pelamin ni... teruk benor warnanya dan tempat yang dipilih pun tak sesuai. Sempit.

Tunggu punya tunggu, orang yang pasang pelamin pun sampai iaitu sehari sebelum akad nikah. Saya dan adik saya menyuruh mereka menukar tempat letak pelamin, tetapi mereka kata. "Dok sesuai kak, dok lawa... Kat sini dah lawa doh". Dalam hati saya, "Aik... Apa diorang ni? Sepatutnya customer always right...." So tanpa banyak cerita ma, suruh En. suami yang cakap dengan diorang. En suami cuma cakap, " Tuan rumah suruh tukar tempat pelamin ke sini" Nak tau apa yang diorg kata???? "Ok" Hah.... Apakah????? Mereka memandang rendah dengan kata-kata wanita. So, sabar je la.... Akhirnya pelaminnya bertukar... dari yang berwana kusam, akhirnya mengikut apa yang diingini oleh bakal pengantin... Baru la tersenyum sehingga ke telinga....heheheheh...(Sowi Kak Lin). Walaupun dalam keadaan hujan yang lebat, tetapi sangat meriah. Dengan kehadiran 'Tok Wakil' pada hari keesokannya.....hehehehe... Ini gambar pelamin yang siap dengan gambar pengantin sekali dan tak lupa juga sekali dengan pengapit (cousin saya yang comel tu....heheheh)...Cantik kan????....

'Wedding of the year' di Kampung Padang, Temangan......hehehehe


Keluarga kami dengan 'ahli baru'..

Saya, sememangnya cantik, jangan puji lebih2. Hari tu, lepas pengantin tukar baju biasa, ada orang kata saya yang naik pelamin. Kussss.... Kembang semangkuk, nampak anak dara lagi, saya ni..... heheheh. Ok lah sampai di sini entry kali ni.... Saya dalam mood gembira sekarang...

Julia Taibah:Terima kasih kepada yang sudi membantu, ia akan tetap dikenang dan hanya Allah yang dapat membalasnya..... Anyway, masih ada lagi diskriminasi dalam kisah kali ini, kan???

Tuesday, March 1, 2011

MEMORI YANG TERPAHAT DIHATIKU.....



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Kelmarin, Hari Tentera Darat. Saya terbaca statement ni dalam facebook Hot FM: Hot Chat (Anda dan Tentera). Tiba-tiba teringat kehidupan waktu kecil hingga remaja saya di kelilingi oleh askar...


Saya di lahirkan di Kelantan, kemudian kami pindah ke Sarawak pada Usia 3 thn sehingga saya berumur 14 tahun dan pada awal tingkatan 3 kami berpindah di Kem Lipis, Kuala Lipis, Pahang. Bila orang tanya, itu yang saya jawab. Ma dan Abah, of couse Kelantanies sejati.(hehehehe)

Abah saya bukan seorang tentera, dia adalah waiter di mes sarjan dan pernah juga berkhidmat di mes pegawai. Abah juga pernah menjadi waiter kepada Sultan Pahang sewaktu kami tinggal di Kuala Lipis dulu. Tiap-tiap hari, menjadi rutin askar akan berkawad dan tiap-tiap hari la saya mendengar (kiri,kanan, kiri , kanan.....). Mungkin orang luar akan bertanya macam terkongkong je duduk dalam kem, lagi-lagi kem askar. Sebenarnya, apabila duduk di kawasan luar kem terasa sangat perbezaannya. Betul... Saya sangat risaukan adik-adik saya yang di tingkatan 3, 1 dan darjah 6. Bayangkan rumah abah saya sekarang, berhadapan dengan jalan yang sibuk. Kawasan kampung, gejalanya lagi dasyat dari bandar.( tak tahu apa yang polis-polis kat situ buat). Masa duduk di kem, kami tak boleh keluar lebih dari pukul 7 petang, dan kalau curi-curi keluar pun tak boleh sebab pintu keluarnya hanya ada satu je. Dihadapan. Kanak-kanak kecil nak bermain pun tak la rasa risau sangat sebab mereka comfirm tak boleh keluar dari pintu pagar kem. Saya ada satu kisah di mana adik saya yang no 3. (waktu tu dia berumur 3-4 tahun). Saya? Dalam darjah 6.

Adik saya ni suka sangat belajar, dia boleh mengenak huruf waktu dia umur 3 tahun lagi. Dia ni ada satu tabiat, kalau dia pegang beg, dia akan automatik cakap yang dia nak pergi sekolah. Pada satu hari, (cewah cam cerita dongeng pula), ma bising tanya pasal adik saya ni, senyap je? Saya pun apa lagi puas mencari dia, keliling kawasan perumahan orang awam (prumahan orang awam teres, rumah tentera flat, tetapi dalam kem. Boleh bayangkan tak?). Sebabnya rumah waktu tu sangat kecil, 2 bilik je. Tak jumpa. Dia ni pergi mana? Tiba-tiba kawan saya yang jumpa dia. Adik saya ni dah berada di pintu pagar kem tapi di tahan oleh pengawal sebab dia masih kecil.. Budak kecil yang merayau-rayau.. Bila di tanya nak pergi mana, dia kata nak pergi sekolah.... Apakah??? hahahahah... sangat lucu tapi gerun juga kalau ingatkan. Kawan saya Susila(dah lost contact dgn dia) Saya sekeluarga sangat berhutang budi dengan dia n pengawal yang bertugas.
Hah, nampak tak apa yang saya maksudkan. Tak macam diluar, kebarangkalian untuk hilang sangat tinggi kalau saya benarkan anak saya yang berumur 2 tahun tu ikut kawan-kawannya ke taman.

Memang seronok duduk dalam kawasan kem ni. Kami bebas untuk berkawan dan beraktiviti. Bermain rounders, layang-layang, menyorok, lari-lari n macam-macam lagi la. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Yang ada cerbisan memori yang masih terpahat diingatan. Semoga ia kekal untuk disampaikan ke generasi akan datang. Anak-anak saya khususnya.....


Julia Ta'ibah: Agak-agaknya adik saya no 3 tu masih ingat lagi tak?