Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..... Dah lama benar tak buka FB dan tak menulis dalam blog saya ni. Rindu rasanya. Dalam 5 bulan banyak yang berlaku dalam keluarga saya. Ada yang sangat benar-benar mengembirakan hati dan ada juga yang menyedihkan. Baiklah, saya akan cerikakan.
BULAN JULAI 2010
Pertengahan bulan 7 dah start balik kampung, bukan apa dah plan nak bersalin kat kampung punya pasal. Bawa balik Iffat dan tinggallah En. Suami di Klang. Bermulalah hari-hari yang indah dengan Ma, Abah dan adik-adik yang ada kat kampung. Iffat main kucing hitam yang Cik Su punya sampai kena cakar dan sampai sekarang masih ada lagi tanda. Kena cakar sikit je tapi disebabkan tak suka tengok kuping yang ada di tangan, Iffat asyik menggaru sampai luka dan bernanah. lama lah juga baru sembuh, tak boleh nak kawal, tak tahu apa-apa lagi.
BULAN OGOS 2010
Iffat sayang papa.....
Macam dah lupa dengan En Suami yang ada di rumah, sekali-sekala dia menelefon. Katanya rindu ngan Iffat. Dalam hati 'uminya tak rindu ke?' Umi pun rindu juga katanya la. Hehehe. Debaran makin terasa 'due' dah dekat.
Appointment untuk dibedah dah dibuat di HUSM, Kubang Kerian. Doktor bagi tarikh 11 Ogos, tapi saya tangguhkan 12 Ogos sebabnya biar anak kembar saya lahir sama tarikh dengan Iffat. Biar tahun depan diorang sambut 'birthday' sama-sama. Bestnya. Ramai orang kata saya bertuah dan saya sangat bersyukur pada Allah. Tapi dalam kegembiraan, saya agak gentar juga maklumlah kali ni kembar dan saya tahu bila saya dibedah.
Pada 10 Ogos, saya 'melapor diri' di HUSM selama 2 hari saya berada
di HUSM yang memang berbeza benar dengan HTAR, kelengkapan semua kena sediakan sendiri. Walaupun saya rasa saya dah cukup bersedia dengan barang-barang di hospital, tetapi rupanya meleset sama sekali. Lain kali kena tanya 'hospitality' di mana-mana hospital yang rancang bersalin. Jangan anggap semuanya sama. Dah la jadi tempat pelatih-pelatih perubatan buat 'eksperimen' tak pasal-pasal cari penyakit 'padan muka aku'. HUSM rasanya tak seiring dengan hospitalitynya ini hanya pada pandangan saya.
2 hari ni juga saya di kunjungi oleh Ayah Mad (Allahyarham) sekeluarga. Lega sikit rasa risaunya. Saya dah tak boleh nak tampung berat perut saya jadi, saya sembahyang pun dengan cara duduk. Kadang-kadang saya terasa sedikit pelik dengan orang kita ni, dalam kesakitan, saya perhatikan yang mereka agak lalai dengan suruhaNya. Dalam saat-saat menghadapi ketentuanNYa, kita lupa mungkin kita akan menemuiNya. Takut saya waktu tu. Astarghafirullahal'azim.
12 Ogos, hari yang ditunggu-tunggu Iaitu hari ke dua puasa. Dari pagi saya asyik berzikir supaya saya dapat bertenang. Adik di sebelah katil saya pun
menunggu giliran untuk dibedah. 'Hai, kak dok takut ke?' tanya dia dalam loghat Kelantan. 'Tak la takut sangat, tapi redha je la. Zikir banyak-banyak. Ingat Allah.' jawab saya supaya dapat mengurangkan ketakutan dalam diri saya dan dirinya. Hari ini ramai pula yang kena bedah. Bila nama saya dipanggil untuk masuk tiub air kencing, saya dah rasa lega. Penantian itu satu penyeksaan. Saya ditolak ke bilik bedah. Di hadapan bilik bedah En Suami ada menunggu. Bagi moral 'support' dan di dalam bilik bedah. Suasananya amat berbeza. Biliknya agak luas dan saya dapat tengok beberapa orang doktor dan jururawat yang memakai topeng. Perasaan takut mula timbul dengan keadaan yang tenang dan bunyi muzik yang dialunkan. Hati tertanya-tanya mengapa tak di putarkan zikir supaya pesakit seperti saya dapat mengingatiNya. Namun saya biarkan pertanyaan itu jauh-jauh. Doktor bius mula mengambil
peranan. Lama dia mencari tempat untuk dibius dibahagian tulang belakang saya dan akhirnya seorang jururawat yang lebih berpengalaman daripada doktor itu yang dapat mencari tempat yang sesuai. Baru lega hati saya. Rasa saya, doktor itu masih baru dan masih muda.
Apabila selesai dibius, doktor yang membuat pembedahan mula mengambil tempat dan diperhatikan oleh seorang pakar dan dibantu oleh seorang pembantu. Saya tak merasa takut lagi pada permulaan namun oleh kerana masanya agak panjang saya ada rasa sedikit risau. Saya amat bersyukur bila bayi pertama dikeluarkan dan mereka mengatakan ianya baby boy dan bayi kedua di keluarkan 2 minit selepas itu dan ada sedikit kekecohan berlaku di situ. 'Huh, apa diaorang ni' getus hati kecil saya dan akhirnya baby girl selamat di keluarkan dan kedengaran suaranya lebih halus dari suara yang pertama tadi.
Gembiranya rasa hati. Selepas baby dikeluarkan, proses menjahit pula. Waktu ni saya dah terasa sakit dan kesan bius mula hilang akhirnya 2 kali saya ditidurkan. Memang kali ni terasa lebih sakit berbanding yang pertama dahulu. Bila terjaga dari tidur, nurse terus memberi kedua baby saya mendapat dakapan yang pertama 'skin to skin' dan kemudian membantu saya memberi susu pada awal kelahiran. Walaupun tidak diberi seawal yang mungkin namun saya bersyukur kerana saya dibantu untuk memberi susu tidak ada pada pengalaman yang lepas. Keluar dari bilik itu, kelihatan En suami dan ahli keluarga saya menunggu dan saya dapat rasakan yang mereka sungguh gembira dengan kembar ini.
Dan mereka melawat saya di katil sambil ingin melihat twin dengan lebih dekat. Iffat, waktu ini dia agak terpinga-pinga apa yang sedang berlaku, diam dan tak banyak kerenah. Jururawat tidak membenarkan ahli keluarga bercakap dengan saya dan mereka meminta saya berehat dan tidur dalam masa 8 jam. Malah kami juga tidak dibenarkan menangkap gambar. Sedih betul. Malam itu saya keseorangan tidak ditemani oleh sesiapa. Saya yang tidak membenarkan ma menunggu dengan harapan jururawat dapat membantu (sebab ada seorang jururawat yang memberitahu, jururawat dekat sini ramai boleh tolong) rupanya meleset sama sekali. Jururawat ramai boleh tolong rupanya boleh tolong tengok je. Baby saya menangis saya tidak sedar yang mereka memberi susu formula. Sedihnya saya. Mereka tidak membantu saya untuk memberi BF. SEDIH SANGAT-SANGAT. Harapan untuk beri BF sepenuhnya berkecai.
Keesokkan harinya, keluarga saya datang lagi sekali. Walaupun Ma tak bawa kain baju untuk ganti, Ma sanggup tunggu saya untuk teman saya di wad. Bila ada orang teman, baru jururawat berikan baby pada saya. Baby asyik menangis bila saya berikan susu, namun saya tekat biarlah saya letih, saya akan tetap berikan yang terbaik untuk baby. Namun saya sangat kecewa dengan nurse di situ yang terus mengambil salah seorang baby dan tanpa bertanya pada saya untuk diberikan susu formula. Saya mula hendak marah, dan saya mula tekan tak akan bagi baby saya mengis dengan meletakkan hampir dengan saya. Biarlah saya sakit macamana sekalipun namun untuk beri susu formula pada baby saya tidak sama sekali. Bila doktor datang merawat, saya bertanya bila saya boleh balik sebab waktu itu, saya sudah boleh ke tandas dengan sendirinya walaupun masih sakit di tempat jahitan. Pn kena ikut 'procedure' sini iaitu 4 hari selepas operation. 'Huh, ada 2 hari lagi la maknanya tu. Tak tahan pula duduk wad bila sakit-sakit macam ni. Sebelum bersalin hari tu ok pula. Huhuhu' Bukan apa, dalam bulan puasa macam ni, kesian pula kat ma sebab terpaksa menunggu saya yang sedang sakit. Bersahur pun beli dari penjaja yang dapat masuk menjual dalam hospital. Terharu pula rasanya pengorbanannya sampai anak bersalin pun sanggup menjaga. Kak Ju sayang Ma. Abah pun walau jauh perjalanan pun sanggup dia memandu tiap-tiap hari ke sini.
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Apabila dapat pulang ke rumah, ia merupakan saat yang paling menggembirakan. Namun dalam kesakitan yang masih berbaki dan berpantang, saya menjadi seorang yang agak pasif. Tidak sukakan pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan saya banyak berfikir. Malas untuk berkata-kata dan mudah melenting. Yang menjadi mangsa keadaan Yani, dan Abe. Maafkan Kak Ju sebab selalu marah-marah kalian. Mungkin disebabkan jiwa yang inginkan ketenangan dan juga ingin meluahkan amarah yang terpendam lama.
En suami, tunjukkan nama yang sesuai untuk kembar. Entahlah kali ni memang saya tak terfikir apa-apa nama yang cantik untuk kembar. Tapi dalam 3 dan 4 nama yang ada. Saya pilih Khairul Izzad dan Julia Qaira. Khairul Izzad, Sebaik-baik Kemuliaan dan Julia Qaira, Yang berambut panjang Berkebajikan. Sangat comel dan sesuai.

KHAIRUL IZZAD & JULIA QAIRA
Namun, suasana bulan puasa dalam keluarga begitu dirindui. Walaupun saya tidak dapat berpuasa, kadang-kala saya mengambil kesempatan ‘berbuka’ bersama ahli keluarga (lauk pauk memang lain dari yang lain). Hidang terlalu istimewa (hehehe, untuk menyedapkan hati). Dan waktu ini, Ma dengan Abah serta adik-adik berperang dengan cucu yang sorang tu. Iffat. Bila makanan di hidang di atas tikar, dia yang dulu akan menerpa. Habis air yang bewarna-warni tu diminum dan paling tak tahan. Muntah, sebab banyak minum. Iffat banyak keletahnya yang masih belum difahami. Ummi kena banyak belajar lagi.
Julia Ta'ibah: Pengorbanan ibu dan ayah memang tiada tolok bandingnya.
best citer ni...boley wt buku citer ni,novel or cerpen...
ReplyDelete