Saya telah kehilangan abah yang tercinta pada 08.12.2011 yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya kehilangannya amat mengejutkan keluarga kami dan hari arwah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, kami sekeluarga telah redha dengan ketentuan Ilahi dan kemalangan itu hanya penyebab (faktor) peristiwa itu berlaku. Namun rasa kehilangan itu masih kuat terasa dan hanya doa sahaja yang dapat dipanjatkan untuk abah di sana. AL FATIHAH....