Tuesday, June 29, 2010

Tangisan seorang ISTERI.....



Jika isteri menangis
dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seor
ang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA
dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicint ain ya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat
temannya tertawa..
Dia TERHARU,
MENANGIS bila
melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.

Julia Ta'ibah: Petikan dari facebook..

Kawan lama......


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...... Sukanya guna ayat salam 1 Malaysia sebab dia merujuk pada selamat sejahtera untuk semua rakyat Malaysia (bukan sebab politik ye, heheheh). Hari-hari saya sekarang ini semakin lembap, kurang cergas untuk bergerak. Tetapi, tiba-tiba saya teringat dengan kawan-kawan lama saya dimana waktu itu saya sangat aktif, berjalan, berlari, bersukan, dan saya sangat merindui saat-saat itu.

Kawan-kawan saya sekarang berkerjaya, berumahtangga dan masing-masing mempunyai cara hidup masing-masing. Saya sangat gembira dengan apa yang dimiliki leh kawan-kawan saya. Sekarang kami dihubungkan oleh dunia facebook. Berjumpa melalui dunia maya, walaupun tidak secara bertentang mata, namun ia cukup untuk menerima perkhabaran mereka. Sungguh canggih teknologi sekarang.

Small gathering di Sg Gabai.... Seronok dapat jumpa dan beraktiviti....

Namun, kecanggihan teknologi, saya amat merindui cara lama dengan mengutus surat, dan kali terakhir saya mengutus surat sewaktu saya di tingkatan 5 dengan rakan saya di Sarawak dan selepas itu tiada lagi. Semuanya melalui email. Sekarang dengan kehadiran facebook secara langsung, email tidak lagi digunakan. Email hanya penganti surat-surat rasmi, dan pos hanya untuk penghantaran barang dan surat-surat penting sahaja. Tiada lagi utusan salam dari hati ke hati melalui pos. Di sini saya dapat rasakan anak-anak saya tidak akan mengetahui cara perutusan surat pada masa akan datang. Mereka akan didedahkan dengan dunia yang semuanya serba ringkas dan mudah.

Apa yang saya rasakan perlu, ialah mengajar sedikit mengenal erti kesusahan. Mungkin satu hari yang tidak mengunakan peralatan teknologi. Contohnya; Hari ini di tetapkan hari menggunakan kemudahan awam, seperti bas, atau hari membuat satu surat ditujukan khas untuk rakan-rakan dan kaum keluarga. Ataupun hari membasuh baju tanpa mesin basuh (pasti menyusahkan diri sendiri. hahahhahah) Namun disebalik itu, anak-anak boleh belajar cara bagaimana susahnya nenek moyang kita dahulu. (Ok tak idea ni? Mendedahkan anak-anak dengan membuat aktiviti bersama). Selain ajaran yang dituntut iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Sememangnya perkara yang berjemaah itu telah dituntut oleh agama Islam tidak kira dalam solat berjemaah sahaja namun dalam hal-hal yang lain.

Julia Ta'ibah: Seronoknya kalau dapat buat aktiviti yang meletihkan bersama-sama keluarga. Aktiviti yang tidak perlu untuk kita berfikir, badan cergas, otak cerdas.... Tepuk dada tanya selera.

Sunday, June 27, 2010

Suatu ketika......

Hari Pertama Iffat di dunia.........

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Hari ini, saya ke hospital. Macam biasa 'check up' kandungan yang telah masuk 32 minggu. Dengan kandungan yang kembar kali ini, menyebabkan saya amat sukar untuk bergerak. Tahap gula yang 'manis' minggu lalu menyebabkan saya dimarahi oleh Doktor kerana tidak menjaga makan.

' Mana boleh macam tu puan, puan kena makan ikut masa yang ditetapkan'.

Pada saya, Doktor itu telah menunjukkan perasaan marah dengan raut wajahnya. Saya akur, memang silap saya hari itu, hanya kerana sekerat pisang goreng. Setelah Doktor berbincang dengan seorang lagi Doktor, saya tidak di masukkan ke wad, tetapi diarahkan untuk kembali pada minggu depan untuk pemeriksaan tahap gula sama ada saya akan dimasukkan insulin atau tidak.

Bila terdengar insulin, saya sebenarnya mula risau sebab sejarah kandungan pertama saya dahulu. Saya masih ingat, apabila kandungan telah mencecah 38 minggu, Doktor telah memberi surat untuk kemasukan ke wad dengan alasan menstabilkan gula dalam darah, namun apa yang berlaku sebaliknya, saya dipaksa bersalin pada waktu itu. Insulin hanya diberi 2 kali sahaja sepanjang berada di wad.

Oleh kerana, baby terlalu besar (4.4 kg), dan jalan tak buka (5cm) sahaja dari pukul 8 hingga ke pukul 5 pagi, dengan masalah jantung baby dah lemah, saya terus ditolak ke bilik pembedahan. Waktu tu hanya tuhan yang tahun betapa luluhnya hati seorang ibu, namun alhamdulillah baby selamat dan segalanya berjalan lancar dan baby itu telah menjadi seorang anak yang sangat comel dan lincah.

Cuma yang berbezanya, kandungan sekarang kembar dan saya bercadang hendak melahirkan mereka di kampung halaman saya dan yang pasti kedudukan mereka salah seorang adalah songsang. Dengan sejarah yang ada, kemungkinan untuk melahirkan mereka melalui pembedahan akan berlaku lagi. Kali ini saya hendak bersedia. Harapan saya sempat untuk pulang ke kampung. Waktu ini memang saya amat memerlukan ma. Hanya seorang ibu yang memahami keadaan anaknya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Julia Ta'ibah: Harap-harap berjalan lancar.

Friday, June 25, 2010

Pencarian kebahagiaan...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Tajuk hari ini kebahagian. Kebahagiaan apabila kita mencapai apa yang kita mahu mengikut acuan yang kita ingini. (Pada pandangan saya la). Kebahagian juga menyebabkan kita gembira dan sangat suka dengan apa yang dilakukan. Malah dalam sistem kekeluargaan kebahagiaan amat dicari oleh pasangan suami isteri dan anak-anak.

Namun, sekiranya apa yang berlaku dan akan berlaku menjadi satu bebanan, atau tekanan kepada pasangan, adakah ianya satu kebahagiaan. Mengikut hukum Islam juga, sesebuah perkahwinan perlu dibina melalui pasangan yang sekufu. Sememangnya benar seorang isteri perlu menuruti dan taat kepada suami kerana suami adalah pemimpin rumahtangga, tetapi sekiranya seorang suami tidak menuruti perintah Maha Pencipta, adakah wajar si isteri mengikut atau taat kepadanya? Saya menimbulkan persoalan kerana saya rasakan semakin ramai lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab dalam hal2 ibadat. Adakah saya saya berat sebelah? Maaf sekiranya anda berpendapat begitu? Saya berkongsi mengikut pandangan, pemerhatian dan juga pengalaman dari rakan2 saya.

Salah satu kisah yang hendak dikongsi, kisah rakan yang berkahwin (pada saya, dia tidak fikir panjang). Dimana dia berkahwin dengan seorang duda anak 1, pd mulanya yg dia rasakan amat bahagia. Namun selang beberapa bulan baru dia mengenali suaminya yang rupanya disangkakan baik, rupanya sebaliknya. Saya senaraikan beberapa sifat suaminya iaitu:
1. Terlalu manja sehinggakan pekerjaannya yang ringan dirasakan bebanan untuknya.
2. Menyuruh si isteri bekerja supaya duit boleh digunakan untuk kegunaannya sendiri, si isteri mengorbankan hasil titik peluh untuk suami tersayang tanpa memikirkan keperluannya.
3. Mengabaikan nafkah untuk anak pertama.
4. Keluarganya lebih penting hingga mengabaikan keluarga mertua.

Selain itu, saya dapat rasakan tekanannya dari segi ibadat, si suami mengambil ringan dengan ibadat yang wajib di laksanakan. Mungkin dengan itu, terkesan terhadap rumah tangga mereka. Saya ingin berpesan pada para suami yang sebegini, seharusnya menjadi tanggungjawab anda untuk memimpin, isteri kejalan Allah dan sekiranya anda lali, maka kesannya terhadap rumahtangga anda. Anda akan merasakan rezeki anda sempit atau tidak cukup walau ditabur dengan jutaan wang. Anda juga tidak tenteram dan sentiasa merungut dengan apa yang berlaku. Selain itu hidup anda akan sentiasa kosong kerana anda tidak tahu apa tujuan sebenarnya anda hidup di atas muka bumi ini.

Kepada para isteri, saya juga seorang isteri. Maka tawakal dan bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Nya dan perbetulkan segala niat anda dengan melakukan segala pekerjaan hanya kepada Allah. Musahabah diri dan sekiranya perlu, berkongsilah perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai, dan yang paling penting, Mengadu dan berkongsi dengan yang Maha Esa, itu adalah tempat mengadu yang paling mujarab. Selain melakukan solat2 sunat dan membaca Al Quran.

Julia Ta'ibah: Sekarang ni tengah mengandung, kalau jadi stress2 macam ni sangat bahaya untuk kandungan..... Ya Allah jauhi aku dari perasaan tertekan atau perasaan yang lalai....Amin.

Monday, June 21, 2010

Penyusuan menggelikan......???~mmm~

Iffat baru mula nak belajar makan sendiri......


Assalamualikum dan salam 1 Malaysia.... Semalam, saya ke Klinik Desa untuk membuat pemeriksaan seperti biasa untuk kandungan saya yang dah mencecah 31 minggu. (Mereka boleh keluar bila-bila masa sahaja... takut juga ni...fuhhh).. Seperti kebiasaan saya sangat bersabar dalam bab menunggu, (ala klinik kerajaan apa yang nak dihairankan,) walaupun lama kena tunggu, masanya tidak terasa sangat kerana dapat berkongsi cerita dengan ibu-ibu mengandung yang sama macam saya. Pelbagai cerita yang dikongsikan, tajuk yang paling diminati mestilah bab kandungan masa lalu, kisah rumahtangga, dan yang paling menarik minat saya ialah bab Penyusuan susu Ibu.....

Terdapat 4 orang ibu-ibu yang berbual waktu itu, termasuk saya,(saya namakan ibu A, B, C dan saya)..

Ibu A : Akak tak dapat nak bayangkan bila melahir nanti akak akan menyusukan baby nanti.... Akak ni sensitif sikit dengan B akak.

Ibu B : Sama lah dengan saya, semua anak saya, saya susukan sampai 2 bulan sahaja..... eeee... geli betul... tak tahan, bila diorang menyusu, saya rasa cam nak gila.....(dengan aksi yg menunjukkan bahawa dia geli).

Saya: Eh... sebab apa pula boleh geli, saya menyusukan anak saya yang sulung sampai umur dia 1 tahun 6 bulan, waktu tu kandungan saya dah 7 bulan....

Ibu C: Ada lagi ke susu waktu mengandung?

Saya: Ada, cuma sikit je la... bukan banyak...... Cuma saya tak buat stok EBM yang macam dalam peti tu.... saya direct feed... Ada yang buat stok berbotol-botol dalam peti ais. Kagum betul saya dengan diorang..

Ibu A: Boleh tahan lama ke kalau buat stok macam tu?....

Saya: Boleh.... sampai 3 bulan kalau yang beku.....

Ibu B: Eeee... tak boleh, saya tak boleh.....

Perbincangan mengenai susu ibu itu terhenti disitu.

Pada pandangan saya, semasa membuat buku pemeriksaan (yang berwarna merah), setiap ibu telah diberikan penerangan mengenai pemberian susu ibu, tetapi mungkin penyampaian yang tidak berkesan dari jururawat, atau si ibu yang tidak berminat untuk mendalami mengenai isu ini, menyebabkan kurang kesedaran kepada bayi. Sedih pula saya dengar, sebab saya merasakan itu adalah hak bayi untuk mendapat susu dan makan yang terbaik bagi si ibu. Mengapa pula kita sebagai ibu perlu mementingkan diri sendiri menafikan hak mereka?

Dalam perbualan yang lain antara saya dengan Si ibu E,

Ibu E: Anak saya semuanya saya berikan susu dada (susu ibu) tetapi sampai umur 8 bulan sahaja sebab saya makan pil perancang, bila makan ubat tu baby tak hisap. Tapi lebih menggigit....

Saya: Ye ke kak, kalau makan pil perancang baby tak nak menyusu?

Ibu E : Ye... Semua anak akak macam tu. Tapi seeloknya baby ni bagi selama yang mungkin kalau nak menyusu. Elok untuk dia dan elok untuk kita. Badan kita pun cepat susut bila menyusu ni. B pun cantik. Ada jiran akak tu tak nak menyusukan anak dia sebab takut B tak cantik. Dia bagi anak dia minum susu tepung je dari lahir.

Saya: Hah ada juga ye orang macam tu, lebih fikirkan kecantikan diri, dari anaknya.... Kesian baby tu...

Sedih dan geram pula bila mendengar cerita-cerita disebalik penyusuan susu ibu ni. Diorang ni tak takut dengan balasan Allah ke? Agama Islam pun ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu". Mungkin ada yang tak bersependapat dengan saya mengenainya dan mungkin juga ada ibu-ibu yang mempunyai alasan yang tersendiri apa yang menyebabkan mereka tidak memberi susu ibu kepada anak mereka. Walau pelbagai alasan dan pendapat, namun bagi saya nilai setitis susu ibu itu sangat berharga untuk anak-anak. .Malah saya telah membuat pembacaan dan pemerhatian dari laman web dan blog-blog yang saya ikuti, ternyata ia memberi semangat kepada saya untuk menyusu anak-anak sejak dari kandungan yang pertama dulu lagi, dan kini, saya membuat kajian mengenai penyusuan anak kembar (tandem nursing) dan tengah ready untuk risiko-risiko yang bakal berlaku sewaktu bersalin. Kalau boleh nak menyusukan seawal yang mungkin sebab dulu anak pertama tak dapat menyusu awal sebab kurang pengetahuan (almaklumlah ceasar) yang tahu waktu tu cuma lepas bersalin nak bagi susu pada baby tapi tak tahu pula kena ceasar emergency dan waktu tu lepas 1 hari baru boleh menyusukan baby sebab baby duduk di wad baby, umminya di wad ibu. Kesian dia, disebabkan kejahilan umminya, dia minum Susu Formula pada hari pertama. Lepas tu saya tak toleh kebelakang dan saya berikan susu pada dia kerana itu adalah haknya.

Penyusuan susu ibu ini juga memberi kesan kasih sayang pada ibu dan anak. Anak lebih bijak dan aktif dalam meneroka sesuatu yang baru. Namun, Selain dari mencorakkan anak-anak mengikut acuan yang betul, apa yang penting doa yang berterusan dari ibubapa supaya anak membesar dengan menghargai nilai kasih sayang kepada Allah, ibubapa, dan masyarakat sekeliling.

Julia Ta'ibah: Kalau nak cerita panjang lebar tentang pengalaman menyusu ni diberi 3 muka surat pun tak habis. Oklah kita sambung lagi nanti.


Thursday, June 17, 2010

Coretan Hati Ummi Untuk Abang................

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia......Coretan ini sy copy dr note nukilan facebook sy.... Hanya untuk perkongsian......

D
ikala ini, ummi teringat saat mula mengandungkan abang... bahagianya terasa walaupun hati ini mudah tersentuh, gerakan dan tendangan di dalam perut ummi masih terasa hingga kini, aktif seperti dirimu kini. Apa yang ummi harapkan agar abang menjadi seperti diri abang sendiri, bukan seperti, papa, bukan seperti ummi atau seperti anak-anak yang lain. Biarlah mereka menjadi diri mereka tetapi abang adalah abang untuk ummi. Mungkin orang sekeliling merasakan bahawa abang tidak cukup bermanja dengan ummi dan papa, dan ditakdirkan abang menjadi seorang abang tetapi percayalah bahawa Ummi akan memanjakan abang sama seperti bakal adik-adik kembar abang. Tiada bezanya. Walaupun hati Ummi cepat sungguh tersentuh dan mengalirkan air mata kala mengandung ini, tapi Ummi cukup terhibur melihat telatah abang, cara mengomel, cara makan, dan lebih-lebih lagi apabila tidur. Semalam sahaja, abang sudah pecahkan 2 biji telur dalam peti ais, tanpa rasa bersalah pada ummi, abang hendak lagi ambil telur yang 1 lagi. Bila ummi larang, abang lari mengekek-ngekek ketawa. Walaupun kadangkala ummi terasa penat tatkala melayan abang, tetapi ummi dapat ketenangan di situ, sungguh tenang dan semua tekanan Ummi hilang apabila melihat abang.

Pada masa yang sama, maafkan Ummi atas keterbatasan pergerakan, menyukarkan Ummi melayan abang sewajarnya. Kalau Ummi boleh berlari, waktu petang-petang ingin Ummi lepaskan abang di halaman rumah seperti sebelum ummi mengandung 8 bulan yang lepas, namun, dengan perut yang memboyot ini, Ummi hanya mampu melayan abang bermain dengan kucing di belakang rumah.

Allah telah memberikan Ummi rezeki dan amanah yang sangat berharga. Kini, Ummi menunggu kelahiran adik-adik comel abang. Harapan Ummi agar dengan lahirnya adik-adik akan mengukuhkan kasih sayang antara abang dan adik-adik, malah kita sekeluarga. Ummi hendak mendidik abang dengan adik-adik sendiri ke jalan yang di redhaiNya. Moga Allah perkenankan niat Ummi yang suci ini. Tiada yang lebih mengembirakan bagi seorang ibu dan bapanya melainkan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang tidak putus-putus sehingga ke liang lahad.

Namun, pesanan untuk diri ummi sendiri dan papa malah buat semua ibubapa di atas muka bumi ini, kita yang menjadi pemimpin mereka, seorang pemimpin dan timbalan perlulah memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kita. Janganlah mengikut hawa nafsu serakah, kerana kita ada rakyat yang perlu dipimpin. Jangan salahkan anak sekiranya suatu hari, apa yang dilakukan mereka tidak menepati nilai2 moral yang kita kehendaki kerana mereka terlebih dahulu belajar dari pemerhatian mereka terhadap tingkahlaku ibu bapa mereka. Abang, pesan ummi yang baik datang dari Allah maka sentiasalah mensyukuri nikmat Allah dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri, maka jauhilah perkara yang buruk supaya kita tidak terkena tempiasnya. Amin......... CORETAN HATI
UMMI

Wednesday, June 16, 2010

Wanita, Isteri, Queen Control dan......

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Sy terbaca satu laman blog iaitu blog penulis kegemaran sy, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim ( buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Imam) yang bertajuk Queen Control. Ianya mengenai hak seorang wanita (Isteri), dan kita juga sedia maklum bahawa seorang isteri memainkan peranan amat besar di dalam rumahtangga. Pd pandangan masyarakat juga, apabila seorang gadis telah bkahwin, dia akan memikul tanggungjawab seperti, mengemas rumah termasuk bilik, menyapu, membasuh pakaian, menjemur dan melipat pakaian,mengandung dan melahirkan anak, mendidik anak, memasak utk suami dan anak ( bg bayi yg kurang dr 2 tahun, kena plak masak asing dr ayahnya), mencuci pinggan, melayan kerenah anak termasuk suami dan banyak lg yg tak tersebut. Itu belum lagi isteri yg bekerja ( kalau duit banyak boleh jugak ambil maid). Tp zaman sekarang, dengan modal yg tinggi utk mengambil maid, masyarakat kita kembali kepada Natural Parenting ( Yg sy link ni termasuk tanggungjawab suami dlm menjalani konsep ini). Tetapi masih ramai lagi yg bergelar suami yg hanya angguk dan faham, tetapi tak buat.... mereka biarkan juga kepada isteri mereka (mungkin ego kot....).

Tetapi sampai bila ego itu menguasai diri sehingga mengatasi Maha Pencipta? Sedangkan ibadat yang wajib sepeti solat dan puasa pun hanya sekadar ala kadar je (kata orang), inikan pula nak membantu Isteri. Adakah sehingga 'sesuatu' terjadi, baru para suami sedar bahawa apa yg mereka lakukan itu salah? (Bukan semua suami ye dan bukan juga merujuk kepada suami sy). Sy mempunyai kisah seorang teman yg bercerai, disebabkan sifat ego seorg lelaki. Mereka tinggal di rumah mertua (iaitu ibu & bapa, wanita berkenaan), mempunyai 2 org anak. Namun segala tangungjawab isteri semuanya dia yg lakukan termasuk bekerja untuk menyara 2 org anak. Namun hanya kerana si suami tidak tahan dengan leteran ibu mertuanya (yg sy anggap, bersalah dlm hal ini juga). Si suami menceraikan isterinya yg selama ini membantunya membeli rokok, bagi duit minyak sedangkan duit yg si suami dapat, habis tak tahu kemana. Namun tangungjawab si suami sepatutnya memberi nafkah kepada bekas isteri tidak dilaksanakannya. Tiada wang untuk pendidikan anak2, makan, pakaian dan lain2. Siapakah yang akan membela nasib kanak2 tersebut? Ia, apabila seorang isteri diceraikan, maka isteri itu akan dijaga oleh keluarganya sama ada bapa atau saudara lelakinya, namun anak2 itukan tanggungjawab suami dlm memberi nafkah.

Berbalik kepada Queen Control, pada sy ianya adalh perlakuan yg menunjukkan sifat kasar dgn mengherdik dan mencaci maki suami, dalam kata lain suami yg di dera isteri. Amat berbeza dgn konsep membantu isteri dalam perihal rumahtangga. Di sini masyarakat juga perlu memain peranan agar membuang persepsi mengatakan bahawa membantu isteri di rumah bukan lagi konsep Queen Control (drp menonton tv, merokok dan tidur lebih baik gunakan masa tu utk beribadat. Membantu isteri itu juga satu ibadat kepada Allah). That is how to show ur love to ur wife. So, para suami, anda bukan lagi seorang lelaki bujang, sedarlah bahawa anda sudah memikul tanggungjawab yang amat besar (sebagai seorang pemimpin) terhadap isteri dan anak2 anda. Kasihani la mereka. Bukankah sesuatu perkahwinan itu tidak hanya untuk di dunia?

Ya Allah, jangan lah Kau putuskan hubungan kami setakat di dunia ini sahaja. Kau satukan kami, di pelamin syurga Firdaus.

Julia Ta'ibah: Bila suami membantu, isteri pun senang hati. Bila senang hati, layanan pun berwarna-warni.... (statement to my husband: Dalam perut ayang macam ada rama-rama )

Tepung Kek Segera dari Resepi Tradisi Ibu...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..... Ini adalah Tepung Kek segera COKLAT MOIST... Bila bercakap pasal kek coklat lembap ni terbayang kelembapan dan kesedapannya. Bagi sy pengemar kek coklat sebarang resepi kek coklat mesti sy cuba. dan apabila makan, kalau tengan pening2 tu boleh hilang tiba2. Bagi pengemar kek coklat ingin mencuba satu resepi yang mudah dan murah cubalah Tepung kek ini. Resepi ini juga sesuai untuk orang2 kita yang makin sibuk dengan urusan kerja. Jadi sekali sekala sediakan air tangan untuk keluarga, apasalahnya. Insyallah Sedap..... Harga yang ditawarkan juga amat la berpatutan Hanya RM 11, untuk 1 peket kos penghantaran RM 5 ..... Murahkan? Dapat juga sediakan untuk tetamu waktu hari raya nanti...

New Day Is A New Life

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...Sebenarnya blog ni dah lama sangat rasanya dlm 2 thn lepas (suami yang buatkan) tapi disebabkan sy ni susah nak memahami term2 yg ada dlm blog ni. So sy amik keputusan utk ignore je (teruk betul!!). Anyway ari ni baru explore n cari jln camana nak faham, rupa2nya suami sy guna term dlm bahasa melayu, memang susah la, tp dr dulu dia kata senang....heheheh... Sebenarnya dlm bab2 teknologi yg canggih manggih ni, sy lebih faham guna bahasa inggeris... termasuklah telefon... sebab bila diterjemahkan dlm bahasa melayu, term2 tu jadi pelik dan sukar utk difahami....So skang sy dah faham, so we begin with a new day is a new life.. mana tau boleh share pengalaman... sambil tu boleh gak belajar... learning from exprience la katakan... Mungkin lepas ni sy boleh fokus dgn apa yg sy lihat, apa yg sy dengar dan apa yang sy rasakan... Love U All...

* Julia Ta'ibah: Sejak mengandung anak kembar ni suka sgt baca blog... kadang2 tu sampai meruntun2 jiwa...