Thursday, February 17, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah...


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Tengok tajuk tu menarikkan? Baru-baru ni, En Suami melanggan Astro First yang bertajuk seperti di atas. Heheheheh... Mulanya, saya sangat tak minat nak tengok pun cerita ni ye la, seakan Zombi Kampung Pisang. Tapi kali ni, cerita ini betul-betul melekat dihati saya. Saya bukan seorang pengkritik filem, tetapi saya sangat berbangga dengan Mamat Khalid kerana berjaya membuat filem yang sangat terkesan kepada saya sebagai seorang masyarakat Malaysia.

Dia berjaya menyedarkan saya yang masyarakat Malaysia sekarang, kurang "menjaga tepi kain orang" dalam istilah senangnya mereka tidak mempedulikan hal dan masyarakat sekeliling. Sehingga orang yang kurang siuman di anggap sudah mati dan menjadi hantu. Dalam jenaka ada ketegasan dan realiti mengenai kehidupan masyarakat Malaysia sekarang. "Sayakan tak ada SPM", dialog ini juga merujuk kepada masyarakat yang memandang tinggi kepada status dan wang. Semua ini menjadi resam dunia, "no money no talk even no respect." Sudah tiada lagi adat dan budaya 'budak kecil tidak boleh menyampuk orang tua nak bercakap' . Sekarang budak kecil boleh bercakap semahu-mahunya tanpa menghormati orang yang lebih tua. Tidak salah untuk bercakap, tetapi apa salahnya kemukakan idea atau pandangan yang bernas dalam kelembutan dan tatasusila budaya masyarakat sebagai orang timur? Bahasa menunjukkan bangsa dan banyak lagi elemen-elemen mesej yang diselitkan.

Tetapi, walaupun kita sedar, adakah kita berubah? Menjadi lebih baik dan rasional? Fikirkanlah.. Kita tak akan boleh merubah orang lain melainkan kita merubah diri kita sendiri. Saya menyarankan bahawa setiap yang menonton, bukan hanya menonton semata-mata, tetapi insafi dan terima mesej yang amat jelas disampaikan.


Julia Taibah: Terbaiklah........thumb up.... :)

Thursday, February 10, 2011

SEBATANG PEN....


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Entry hari ni... SEBATANG PEN.. sebab apa ye, sebab tiba-tiba teringat pen Parker yang dihadiahkan oleh abah sewaktu di tingkatan 3 lepas ambil result PMR. Result waktu tu tak la teruk sgt cukup buat abah puas hati dengan prestasi saya. Waktu itu, "Pen??? Ala Kak Ju nak video game". Ma, seperti biasa akan memujuk saya, "penat abah kerja, cari duit belikan pen tu. Dia gembira dengan result kak ju tu. Kecil hati dia kalau tau kak ju tak suka pen tu". So dengan terpaksa rela, saya ambil. Waktu tu sangat la tak bersyukur dengan apa yang dihadiahkan. Pen itu digunakan sewaktu berada di tingkatan 4. Itu la pen yang paling mahal dan paling lama dalam simpanan saya. Waktu saya berada dalam tingkatan 5 pen itu hilang diambil orang. Atas kecuaian saya juga. Mesti abah sangat kecewa kerana saya telah menghilangkan pen pemberian dia.

Sekarang apabila umur mencecah 30 tahun, saya teringat pen tersebut. Kalau saya mempunyai sifat sentimental value, mesti pen tersebut saya masih simpan buat kenangan atau saya akan turunkan kepada anak cucu saya. Kalau, mengikut apa yang pensyarah saya kata; Kalau adalah permainan hidup, sekiranya sesorang klien banyak mengunakan perkataan kalau it mean dia adalah tidak rasional kerana ia merujuk perkara yang telah terjadi (itu andaian saya heheheh...).

Julia Taibah: Dalam meniti kehidupan kadang kala kita alpa dengan pemberian orang walaupun nilainya kecil.

Tuesday, February 8, 2011

DUGAAN YANG TAK DIDUGA...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Dah lama tak post entry untuk dikongsi bersama, tapi tiba-tiba terdetik hati saya untuk berkongsi perasaan dan pengalaman 2 hari ini. Ermm.. yang mana satu ye. Oh Ye... Saya ada keluarga yang sangat besar tapi tak la besar sampai adik beradik berbelas orang. Enam orang je.

Ini Ma dan Abah saya,

Setakat ni, saya yang telah berkahwin
dan adik saya yang no 2 bakal mendirikan rumahtangga bulan 3 ni.

Adik saya no 3








Adik No 4 baru berada di tingkatan 4,
(mmm... gambar ni je yang ada dalam
simpanan saya setakat ni).. Dia ni sangatlah pemalu.














Adik no 5 berada di tingkatan 1













dan adik yang bongsu darjah 4.

Jarak saya dan adik bongsu sangat jauh... Macam Mak dan Anak...heheheh... Tapi dia adik saya, ok..

Saya pula, walaupun dah 4 tahun berkahwin, dah mempunyai 3 orang anak, Anak yang sulong


dan bongsu (sepasang kembar) yang comel.... (Uik angkat bakul ke?)...tapi pada mata saya sangat comel walaupun yang seorg bertubuh halus(sesuai la dengan jantina perempuan) dan seorang bermata sepet dan gempal(lelaki).
(uik..apa yang dingangakan tu)

En Suami???? dah ada entry sebelum ni....

Bukan apa hari tu tiba-tiba pulak dilanda perasaan yang gundah gulana, geram dan sebagainya. Kadang kala apabila kita mendengar dan bertanya dan kita juga akan tiba2 membuat andai sendiri. Hati mudah betul goyah. Saya, sebenarnya bukan jenis yg suka menegur tapi kadang kala tak tertahan juga...(Marah betul org tu ngan saya) saya tak cakap apa2 pun...(Saya cuma letak satu artikel je) terus dia hangin satu badan (opocot!!!!!)..... Yg kelakarnya dia dah delete pun artikel saya tu....kalau dia tak cerita kat sapa2 kompom org tak tau...saya pun tak cerita kat sapa2 lgpun mmg saya tau dia akan delete, dan sy pun takkan sampai hati nak aniaya waktu dia tak on9.......(Alamak sori la beb... gua tak sengaja). Mulalah, bila hangin satu badan ni dia pun mencari dan menggali-gali segala keburukan lalu saya...huhuhu... Dan dari sini saya dapat tahu apa yang cuba digali telah terungkai satu kesimpulan, saya diumpat dan difitnah....???Uik... apakah??? Tapi dibelakang saya...hehehehhe...dapat ganjaran pahala buat saya...Alhamdulillah... Allah juga telah mendetikkan hati dan menemukan saya dengan satu artikel ni. Sila baca ye... dan tak tertahan pula tu, mak saya pun di jadikan bahan. Malah En. suami saya pun terkena tempiasnya....uih.. Tak baik tau... Mula-mula tu saya sangat marah...(memang mendatangkan marah bila melibatkan mak saya)... tapi saya juga baca entry kegemaran saya blog ini. Terus hilang perasaan marah tersebut... Susah kalau ada penyakit hati ni... Abah saya? Memang hangin satu badan juga bila mendengarnya tapi seperti saya kata (SABAR)... Teruskan apa yang dilakukan. Saya tak cakap saya bagus...betul saya tak cakap... yelah seorg surirumah, bagus ke? saya cuma nak mengurangkan timbulnya fitnah.... lagipun kitakan sesama saudara seislam lagi... Tak baik tau...


Julia Ta'ibah: Pada yg terasa, tak bermaksud pun nak buat anda sakit hati, tapi mengingatkan kan lebih baik... Tak kan saya nak terjun gaung, Anda pun nak terjun gaung juga... belajarlah jgn cepat sgt melatah.. Mohon maaf ye... kalau tak maafkan kita jumpa nanti masa PERTIMBANGAN. Takkan nak sebut nama kot, malu eh...