Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..... 3 hari lepas, pergi beli barang baby kembar ni. Jenuh juga nak mencari baju sikembar ni. Saya pula suka baju yang sama corak tapi warna lain-lain. Tapi disebabkan jantina tak nampak lagi, jadi susah sikit nak memilih baju-baju ni. Saya pun ambil baju yang boleh dipakai oleh
baby boy atau
baby girl. Comel sangat. Dalam memilih baju baby ni, tak lupa pula saya dengan si abang dah lama tak beli baju dia. Pilih punya pilih akhirnya, baju dia lagi banyak dari baby 2 org ni. Heheheheh. Akhirnya,
Baju babies : 2 pasang seorang termasuk sarung tangan baru
Baju Abang Iffat: 1 jeans dan baju t-shirt, baju dan seluar pendek 3 pasang, dan sepasang baju tidur.
Waktu memilih baju, En. Abang pun berseloroh, "Seronok betul jadi Iffat".......
Hehehehee. Tapi dalam memilih baju-baju anak-anak, pasti kita akan abaikan apa yang patut dibeli untuk diri sendiri. So tak ada 1 pun untuk saya dan suami. Tunggu budget lain kali, Ok. Hari raya pun dah nak dekat, budget untuk raya kali ni pun dah perlu untuk difikir-fikirkan. Warna tema apa tahun ini ye?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.....
Keesokan harinya bawa Iffat jumpa pakar THT, kami sampai pukul 845 pagi di Jabatan THT. Temujanji pukul 9. Seperti biasa, untuk berdaftar kami terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk mendapatkan nombor giliran. Bayangkan mak buyung ni menunggu, lenguh habis satu badan. En suami macam biasa mengawal Iffat yang sungguh aktif berlari ke sana sini. Rasanya kalao tiap-tiap hari mau susut perut yang dah maju ke depan tu. Akhirnya nama Khairul Iffat dipanggil dan kami dapat no 20 di bilik 98. Sambil menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor, saya mengambil alih untuk kawal Iffat. Sekejap je tak larat nak bekejar dengan dia. Geram pula tengok dia ni. Rasa nak cubit je pipi tu.
Bila no kami di panggil, Doktor periksa lidah Iffat. Tapi yang pelik bila Doktor suruh dia menjelirkan lidah, dia tak mahu buat langsung. Dia tengok je muka Doktor India yang cantik tu. Saya suruh pun dia tak Mahu, sedangkan di rumah, boleh je dia buat. Akhirnya, En suami pegang dia, seorang nurse pegang kepala dan tutup hidung dia baru dia boleh keluarkan lidah dia dan doktor kata lidah dia ada sedikit pendek.
Selama ni orang kata normal kalau lambat cakap, tapi sekarang umur dia dah 1 tahun 10 bulan dia hanya boleh sebut 'mi' dan 'halo' je... kadang-kadang dia nak bercerita, tapi satu pun tak boleh faham. Saya melayan je.
Jadi, doktor India yang cantik tu, panggil doktor pakar yang pernah tengok Iffat sebelum ni. Mereka tetapkan untuk buat 'minor operation'. hanya memotong sedikit dibawah lidah. Bagi panjang lidahnya. Mulanya terkejut dan takut juga, tapi bila doktor terangkan risiko dan sebab musababnya, saya boleh terima keadaan itu. Risikonya hanya 'bleeding' kalau tak ada apa-apa, Iffat boleh dibawa keluar terus, Tak payah nak tunggu lama-lama di hospital. Bagi saya itu untuk kebaikan dia. Kalau tunggu lama-lama nanti lagi terbatas percakapan dan kognitif dia. Baik buat awal-awal.
Julia Ta'ibah: Umi doakan dan usahakan yang terbaik untuk anak-anak umi.