
Hari Pertama Iffat di dunia.........
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Hari ini, saya ke hospital. Macam biasa 'check up' kandungan yang telah masuk 32 minggu. Dengan kandungan yang kembar kali ini, menyebabkan saya amat sukar untuk bergerak. Tahap gula yang 'manis' minggu lalu menyebabkan saya dimarahi oleh Doktor kerana tidak menjaga makan.
' Mana boleh macam tu puan, puan kena makan ikut masa yang ditetapkan'.
Pada saya, Doktor itu telah menunjukkan perasaan marah dengan raut wajahnya. Saya akur, memang silap saya hari itu, hanya kerana sekerat pisang goreng. Setelah Doktor berbincang dengan seorang lagi Doktor, saya tidak di masukkan ke wad, tetapi diarahkan untuk kembali pada minggu depan untuk pemeriksaan tahap gula sama ada saya akan dimasukkan insulin atau tidak.
Bila terdengar insulin, saya sebenarnya mula risau sebab sejarah kandungan pertama saya dahulu. Saya masih ingat, apabila kandungan telah mencecah 38 minggu, Doktor telah memberi surat untuk kemasukan ke wad dengan alasan menstabilkan gula dalam darah, namun apa yang berlaku sebaliknya, saya dipaksa bersalin pada waktu itu. Insulin hanya diberi 2 kali sahaja sepanjang berada di wad.
Oleh kerana, baby terlalu besar (4.4 kg), dan jalan tak buka (5cm) sahaja dari pukul 8 hingga ke pukul 5 pagi, dengan masalah jantung baby dah lemah, saya terus ditolak ke bilik pembedahan. Waktu tu hanya tuhan yang tahun betapa luluhnya hati seorang ibu, namun alhamdulillah baby selamat dan segalanya berjalan lancar dan baby itu telah menjadi seorang anak yang sangat comel dan lincah.
Cuma yang berbezanya, kandungan sekarang kembar dan saya bercadang hendak melahirkan mereka di kampung halaman saya dan yang pasti kedudukan mereka salah seorang adalah songsang. Dengan sejarah yang ada, kemungkinan untuk melahirkan mereka melalui pembedahan akan berlaku lagi. Kali ini saya hendak bersedia. Harapan saya sempat untuk pulang ke kampung. Waktu ini memang saya amat memerlukan ma. Hanya seorang ibu yang memahami keadaan anaknya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.
Julia Ta'ibah: Harap-harap berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment