Friday, June 25, 2010

Pencarian kebahagiaan...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Tajuk hari ini kebahagian. Kebahagiaan apabila kita mencapai apa yang kita mahu mengikut acuan yang kita ingini. (Pada pandangan saya la). Kebahagian juga menyebabkan kita gembira dan sangat suka dengan apa yang dilakukan. Malah dalam sistem kekeluargaan kebahagiaan amat dicari oleh pasangan suami isteri dan anak-anak.

Namun, sekiranya apa yang berlaku dan akan berlaku menjadi satu bebanan, atau tekanan kepada pasangan, adakah ianya satu kebahagiaan. Mengikut hukum Islam juga, sesebuah perkahwinan perlu dibina melalui pasangan yang sekufu. Sememangnya benar seorang isteri perlu menuruti dan taat kepada suami kerana suami adalah pemimpin rumahtangga, tetapi sekiranya seorang suami tidak menuruti perintah Maha Pencipta, adakah wajar si isteri mengikut atau taat kepadanya? Saya menimbulkan persoalan kerana saya rasakan semakin ramai lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab dalam hal2 ibadat. Adakah saya saya berat sebelah? Maaf sekiranya anda berpendapat begitu? Saya berkongsi mengikut pandangan, pemerhatian dan juga pengalaman dari rakan2 saya.

Salah satu kisah yang hendak dikongsi, kisah rakan yang berkahwin (pada saya, dia tidak fikir panjang). Dimana dia berkahwin dengan seorang duda anak 1, pd mulanya yg dia rasakan amat bahagia. Namun selang beberapa bulan baru dia mengenali suaminya yang rupanya disangkakan baik, rupanya sebaliknya. Saya senaraikan beberapa sifat suaminya iaitu:
1. Terlalu manja sehinggakan pekerjaannya yang ringan dirasakan bebanan untuknya.
2. Menyuruh si isteri bekerja supaya duit boleh digunakan untuk kegunaannya sendiri, si isteri mengorbankan hasil titik peluh untuk suami tersayang tanpa memikirkan keperluannya.
3. Mengabaikan nafkah untuk anak pertama.
4. Keluarganya lebih penting hingga mengabaikan keluarga mertua.

Selain itu, saya dapat rasakan tekanannya dari segi ibadat, si suami mengambil ringan dengan ibadat yang wajib di laksanakan. Mungkin dengan itu, terkesan terhadap rumah tangga mereka. Saya ingin berpesan pada para suami yang sebegini, seharusnya menjadi tanggungjawab anda untuk memimpin, isteri kejalan Allah dan sekiranya anda lali, maka kesannya terhadap rumahtangga anda. Anda akan merasakan rezeki anda sempit atau tidak cukup walau ditabur dengan jutaan wang. Anda juga tidak tenteram dan sentiasa merungut dengan apa yang berlaku. Selain itu hidup anda akan sentiasa kosong kerana anda tidak tahu apa tujuan sebenarnya anda hidup di atas muka bumi ini.

Kepada para isteri, saya juga seorang isteri. Maka tawakal dan bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Nya dan perbetulkan segala niat anda dengan melakukan segala pekerjaan hanya kepada Allah. Musahabah diri dan sekiranya perlu, berkongsilah perasaan anda dengan orang yang boleh dipercayai, dan yang paling penting, Mengadu dan berkongsi dengan yang Maha Esa, itu adalah tempat mengadu yang paling mujarab. Selain melakukan solat2 sunat dan membaca Al Quran.

Julia Ta'ibah: Sekarang ni tengah mengandung, kalau jadi stress2 macam ni sangat bahaya untuk kandungan..... Ya Allah jauhi aku dari perasaan tertekan atau perasaan yang lalai....Amin.

No comments:

Post a Comment