Tuesday, June 29, 2010

Kawan lama......


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...... Sukanya guna ayat salam 1 Malaysia sebab dia merujuk pada selamat sejahtera untuk semua rakyat Malaysia (bukan sebab politik ye, heheheh). Hari-hari saya sekarang ini semakin lembap, kurang cergas untuk bergerak. Tetapi, tiba-tiba saya teringat dengan kawan-kawan lama saya dimana waktu itu saya sangat aktif, berjalan, berlari, bersukan, dan saya sangat merindui saat-saat itu.

Kawan-kawan saya sekarang berkerjaya, berumahtangga dan masing-masing mempunyai cara hidup masing-masing. Saya sangat gembira dengan apa yang dimiliki leh kawan-kawan saya. Sekarang kami dihubungkan oleh dunia facebook. Berjumpa melalui dunia maya, walaupun tidak secara bertentang mata, namun ia cukup untuk menerima perkhabaran mereka. Sungguh canggih teknologi sekarang.

Small gathering di Sg Gabai.... Seronok dapat jumpa dan beraktiviti....

Namun, kecanggihan teknologi, saya amat merindui cara lama dengan mengutus surat, dan kali terakhir saya mengutus surat sewaktu saya di tingkatan 5 dengan rakan saya di Sarawak dan selepas itu tiada lagi. Semuanya melalui email. Sekarang dengan kehadiran facebook secara langsung, email tidak lagi digunakan. Email hanya penganti surat-surat rasmi, dan pos hanya untuk penghantaran barang dan surat-surat penting sahaja. Tiada lagi utusan salam dari hati ke hati melalui pos. Di sini saya dapat rasakan anak-anak saya tidak akan mengetahui cara perutusan surat pada masa akan datang. Mereka akan didedahkan dengan dunia yang semuanya serba ringkas dan mudah.

Apa yang saya rasakan perlu, ialah mengajar sedikit mengenal erti kesusahan. Mungkin satu hari yang tidak mengunakan peralatan teknologi. Contohnya; Hari ini di tetapkan hari menggunakan kemudahan awam, seperti bas, atau hari membuat satu surat ditujukan khas untuk rakan-rakan dan kaum keluarga. Ataupun hari membasuh baju tanpa mesin basuh (pasti menyusahkan diri sendiri. hahahhahah) Namun disebalik itu, anak-anak boleh belajar cara bagaimana susahnya nenek moyang kita dahulu. (Ok tak idea ni? Mendedahkan anak-anak dengan membuat aktiviti bersama). Selain ajaran yang dituntut iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Sememangnya perkara yang berjemaah itu telah dituntut oleh agama Islam tidak kira dalam solat berjemaah sahaja namun dalam hal-hal yang lain.

Julia Ta'ibah: Seronoknya kalau dapat buat aktiviti yang meletihkan bersama-sama keluarga. Aktiviti yang tidak perlu untuk kita berfikir, badan cergas, otak cerdas.... Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment