Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia......Coretan ini sy copy dr note nukilan facebook sy.... Hanya untuk perkongsian......
Pada masa yang sama, maafkan Ummi atas keterbatasan pergerakan, menyukarkan Ummi melayan abang sewajarnya. Kalau Ummi boleh berlari, waktu petang-petang ingin Ummi lepaskan abang di halaman rumah seperti sebelum ummi mengandung 8 bulan yang lepas, namun, dengan perut yang memboyot ini, Ummi hanya mampu melayan abang bermain dengan kucing di belakang rumah.
Allah telah memberikan Ummi rezeki dan amanah yang sangat berharga. Kini, Ummi menunggu kelahiran adik-adik comel abang. Harapan Ummi agar dengan lahirnya adik-adik akan mengukuhkan kasih sayang antara abang dan adik-adik, malah kita sekeluarga. Ummi hendak mendidik abang dengan adik-adik sendiri ke jalan yang di redhaiNya. Moga Allah perkenankan niat Ummi yang suci ini. Tiada yang lebih mengembirakan bagi seorang ibu dan bapanya melainkan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang tidak putus-putus sehingga ke liang lahad.
Namun, pesanan untuk diri ummi sendiri dan papa malah buat semua ibubapa di atas muka bumi ini, kita yang menjadi pemimpin mereka, seorang pemimpin dan timbalan perlulah memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kita. Janganlah mengikut hawa nafsu serakah, kerana kita ada rakyat yang perlu dipimpin. Jangan salahkan anak sekiranya suatu hari, apa yang dilakukan mereka tidak menepati nilai2 moral yang kita kehendaki kerana mereka terlebih dahulu belajar dari pemerhatian mereka terhadap tingkahlaku ibu bapa mereka. Abang, pesan ummi yang baik datang dari Allah maka sentiasalah mensyukuri nikmat Allah dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri, maka jauhilah perkara yang buruk supaya kita tidak terkena tempiasnya. Amin......... CORETAN HATI UMMI
No comments:
Post a Comment