
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Entry hari ni... SEBATANG PEN.. sebab apa ye, sebab tiba-tiba teringat pen Parker yang dihadiahkan oleh abah sewaktu di tingkatan 3 lepas ambil result PMR. Result waktu tu tak la teruk sgt cukup buat abah puas hati dengan prestasi saya. Waktu itu, "Pen??? Ala Kak Ju nak video game". Ma, seperti biasa akan memujuk saya, "penat abah kerja, cari duit belikan pen tu. Dia gembira dengan result kak ju tu. Kecil hati dia kalau tau kak ju tak suka pen tu". So dengan terpaksa rela, saya ambil. Waktu tu sangat la tak bersyukur dengan apa yang dihadiahkan. Pen itu digunakan sewaktu berada di tingkatan 4. Itu la pen yang paling mahal dan paling lama dalam simpanan saya. Waktu saya berada dalam tingkatan 5 pen itu hilang diambil orang. Atas kecuaian saya juga. Mesti abah sangat kecewa kerana saya telah menghilangkan pen pemberian dia.
Sekarang apabila umur mencecah 30 tahun, saya teringat pen tersebut. Kalau saya mempunyai sifat sentimental value, mesti pen tersebut saya masih simpan buat kenangan atau saya akan turunkan kepada anak cucu saya. Kalau, mengikut apa yang pensyarah saya kata; Kalau adalah permainan hidup, sekiranya sesorang klien banyak mengunakan perkataan kalau it mean dia adalah tidak rasional kerana ia merujuk perkara yang telah terjadi (itu andaian saya heheheh...).
Julia Taibah: Dalam meniti kehidupan kadang kala kita alpa dengan pemberian orang walaupun nilainya kecil.
No comments:
Post a Comment