Thursday, February 17, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah...


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Tengok tajuk tu menarikkan? Baru-baru ni, En Suami melanggan Astro First yang bertajuk seperti di atas. Heheheheh... Mulanya, saya sangat tak minat nak tengok pun cerita ni ye la, seakan Zombi Kampung Pisang. Tapi kali ni, cerita ini betul-betul melekat dihati saya. Saya bukan seorang pengkritik filem, tetapi saya sangat berbangga dengan Mamat Khalid kerana berjaya membuat filem yang sangat terkesan kepada saya sebagai seorang masyarakat Malaysia.

Dia berjaya menyedarkan saya yang masyarakat Malaysia sekarang, kurang "menjaga tepi kain orang" dalam istilah senangnya mereka tidak mempedulikan hal dan masyarakat sekeliling. Sehingga orang yang kurang siuman di anggap sudah mati dan menjadi hantu. Dalam jenaka ada ketegasan dan realiti mengenai kehidupan masyarakat Malaysia sekarang. "Sayakan tak ada SPM", dialog ini juga merujuk kepada masyarakat yang memandang tinggi kepada status dan wang. Semua ini menjadi resam dunia, "no money no talk even no respect." Sudah tiada lagi adat dan budaya 'budak kecil tidak boleh menyampuk orang tua nak bercakap' . Sekarang budak kecil boleh bercakap semahu-mahunya tanpa menghormati orang yang lebih tua. Tidak salah untuk bercakap, tetapi apa salahnya kemukakan idea atau pandangan yang bernas dalam kelembutan dan tatasusila budaya masyarakat sebagai orang timur? Bahasa menunjukkan bangsa dan banyak lagi elemen-elemen mesej yang diselitkan.

Tetapi, walaupun kita sedar, adakah kita berubah? Menjadi lebih baik dan rasional? Fikirkanlah.. Kita tak akan boleh merubah orang lain melainkan kita merubah diri kita sendiri. Saya menyarankan bahawa setiap yang menonton, bukan hanya menonton semata-mata, tetapi insafi dan terima mesej yang amat jelas disampaikan.


Julia Taibah: Terbaiklah........thumb up.... :)

No comments:

Post a Comment